CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

PETRONAS runding bina loji petrokimia

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pembangunan  bernilai RM50b di Johor dijangka babitkan syarikat minyak utama dunia\rPETRONAS sedang berunding dengan beberapa syarikat minyak utama dunia termasuk Shell dan Exxon Mobil bagi membina loji petrokimia di kompleks penapisannya yang bernilai RM50 bilion di Johor, demikian mengikut sumber yang rapat dengan perkara itu.\r\n\n\n\n\r  Syarikat minyak kebangsaan itu juga sedang berunding dengan dua firma Jepun, Itochu Corp dan Mitsubishi Corp serta pengeluar bahan kimia terbesar dari Amerika Syarikat (AS), Dow Chemical Co dalam usahanya merebut peluang daripada peningkatan permintaan di rantau Asia selain mempelbagaikan lagi pendapatannya, kata sumber itu kepada Reuters.\r\r\n\n\n\n\n  PETRONAS dijangka membuat keputusan mengenai kerjasama itu pertengahan tahun depan, yang memberi isyarat ia sudahpun peringkat kajian daya maju projek berkenaan.\r“PETRONAS menerima  maklum balas positif pihak yang berminat   melaksanakan usaha sama itu,” kata sumber yang enggan dikenali kerana rundingan berkenaan  masih berlangsung.\r“Mereka  bergerak ke peringkat kejuruteraan dan reka bentuk. Selepas ini proses tender bagi membina kompleks itu akan bermula,” kata sumber berkenaan.\rPegawai PETRONAS, Shell dan Mitsubishi di Malaysia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Sementara  Itochu, Dow Chemical dan Exxon Mobil pula gagal dihubungi.\r\n\n\n\rPETRONAS melancarkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan (RAPID) pada Mei lalu dan berkata kompleks berkenaan akan beroperasi menjelang akhir 2016.\rSumber itu berkata, pembangunan kompleks yang terletak di Pengerang yang berdepan dengan Singapura,  hab perdagangan minyak terbesar Asia, adalah mengikut jadual.\rProjek berkenaan difahamkan menjadi perkara  penting kepada rancangan PETRONAS untuk menyertai firma seperti Reliance Industries dari India bagi merebut bahagian lebih besar dalam pasaran global bahan kimia khas yang bernilai AS$395 bilion (RM1.3 bilion).\rBahan mentah bernilai tinggi itu digunakan dalam produk seperti lampin hinggalah tayar berprestasi tinggi dan televisyen paparan panel rata (LCD).\r“Dari segi pasaran petrokimia yang datang dari RAPID, PETRONAS menyasarkan Myanmar, Bangladesh dan sebahagian sub benua,” kata sumber berkenaan.\r“Potensinya ada di situ kerana ia adalah pasaran yang besar atau dalam kes seperti Myanmar, pasarannya baru dibuka,” tambahnya.\rProjek RAPID itu termasuk kemudahan penapisan dengan kapasiti pengeluaran 300,000 tong sehari yang menghasilkan naphta, petrol, bahan bakar jet, diesel dan minyak bahan bakar.\rSumber itu berkata, simpanan minyak mentah kebanyakannya akan dibawa dari projek ekuiti PETRONAS di Sudan, Chad dan Venezuela berbanding minyak tempatan yang lebih bermutu dan mahal, namun pengeluarannya semakin perlahan.\rSimpanan minyak mentah dari projek ekuiti PETRONAS akan juga disalurkan ke kompleks polimer dan petrokimia, termasuk kemudahan derivatif petrokimia dan ‘naphta cracker’ dengan kapasiti tiga juta tan setahun yang memberi tumpuan kepada getah sintetik.\r“Kira-kira sejuta tan adalah untuk ethylene dan propylene manakala selebihnya untuk bahan kimia khas bergred tinggi,” kata sumber terbabit.\r“Getah sintetik adalah sesuatu yang besar. Hampir 90 peratus tayar dibuat oleh getah sintetik kerana pengeluaran getah asli di Asia sedang merosot, jadi terdapat satu peluang untuk PETRONAS,” katanya.\rProjek RAPID memberikan operasi hiliran PETRONAS peluang lebih baik untuk bertahan dalam tempoh kemelesetan ekonomi dan margin yang rendah kerana ia membolehkan syarikat itu meneroka sumber simpanan globalnya, kata penganalisis.\rPETRONAS sedang mengambil kira minat dari firma Jepun yang meninjau memindahkan kilang atau melabur semula di luar negara selepas bencana alam pada Mac lalu mencetuskan kedudukan tidak menentu terhadap masa depan bekalan tenaga, kata sumber berkenaan.\r“Minat itu khususnya adalah kukuh daripada peserta biasa Jepun dalam pasaran petrokimia. Projek ini bermula pada waktu yang tepat,” katanya. – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042310 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list