CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26155|Reply: 190

Artis Dan Sebuah Kereta Buruk - Siapakah dia?

  [Copy link]
Post time 26-12-2011 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Klu yang ada ialah : seorang pengacara, pelawak dan pelakon wanita 80-an yang semakin popular sekarang ini.

siapa wanita ni yek? sapa boleh teka. hehe

Artis Dan Sebuah Kereta Buruk

MINGGU lepas saya berhenti di sebuah stesen minyak Petronas, di Ampang, Selangor. Saya meletakkan kereta saya di sebuah tempat letak kereta di kawasan stesen minyak itu.

Sambil saya berjalan menuju ke kedai serbaneka stesen minyak itu, saya melihat seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan berdasarkan kepada tanda nama yang dipakainya.

Budak lelaki itu menyapa kawannya dengan pekat loghat Penang. “Weiii... hang tengok dak tu... artis... artis.”

Kawan dia yang tinggi lampai pun menyampuk... “Mana? Artis mana?” sambil melihat ke arah beberapa kereta mewah seperti BMW, Mercedes dan Porshe yang melalui kawasan stesen minyak itu.

Mamat yang bercakap pekat loghat Penang itu berkata lagi... “Hang dok tengok kereta mana? Kereta tu la... kereta yang buruk tu...”

Selepas mendengar dia bercakap macam itu, saya pun terus berpusing melihat ke arah kereta buruk yang dimaksudkan.

Ya... saya nampak artis itu, seorang pengacara, pelawak dan pelakon wanita 80-an yang semakin popular sekarang ini.

Saya pun serba salah. Mahu angkat tangan atau tidak? Akhirnya saya membuat keputusan untuk memalingkan muka saya agar artis itu tidak nampak kelibat saya.

Bukannya apa, saya terfikir dan bimbang takut nanti artis tu malu kerana terserempak saya ketika dia sedang menaiki kereta buruk.

Saya tak kisah pun. Saya tak pernah meletakkan persepsi kehebatan seseorang itu terhadap apa yang dia miliki.

Tapi saya cuma takut artis tersebut sahaja yang malu apatah lagi selepas saya mendengar budak Penang itu seolah-olah terkejut dengan kenderaan yang dimiliki oleh artis berkenaan.

Insiden itu memperlihatkan bahawa dunia artis ini sering dinilai kepada keupayaan mereka memiliki sesuatu yang mewah.

Kalau mereka mempunyai kereta mewah yang berjuta harganya, mereka akan dilihat seperti artis yang hebat walaupun mereka mungkin hanya tinggal di sebuah rumah setinggan.

Menjadi artis sama seperti mereka yang bekerja dengan skim jualan langsung (MLM). Orang MLM selalu memperagakan kereta mewah mereka untuk menarik perhatian orang ramai.

Apa yang saya lihat itu sebenarnya menggambarkan bukan mudah untuk menjadi artis.

Orang sentiasa ingat, artis semua kaya raya tetapi kerjaya sebagai artislah yang paling banyak pancarobanya berbanding pegawai kerajaan itu. Apa yang saya hendak pesan kepada pegawai kerajaan tersebut, jangan ingat semua artis kaya. Artis pun macam orang biasa yang mencari rezeki macam kita juga.

Cuma rezeki mereka melalui media yang ditonton oleh orang ramai. Jadi usahlah terkejut kalau selepas ini ada artis ternama yang naik motor kapcai pergi ke pasar!

NIEZAM: Pakai kereta buruk buatan Jepun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 08:15 PM | Show all posts
Didie Alias?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:20 PM | Show all posts
eh xpaham plk aku.. motip ko plak terlebih malu retis tu naik kreta buruk
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:24 PM | Show all posts
biar je lah dia nak naik kereta buruk pun, duit nya jugakkn...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:25 PM | Show all posts
what's the issue?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:26 PM | Show all posts
eh comelnyer avatar default tu pakai topi krismas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2011 08:28 PM | Show all posts
errmm...os pun keje bawak teksi gak....padahal heols tu seangkatan ngan salleh yaakob bini 4 tu...no hal pun....

os lg bangga anak2 die suma jadi org berpendidikan.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:29 PM | Show all posts
Rezeki masing-masing....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 08:30 PM | Show all posts
bia la die nak naik ape pun..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:31 PM | Show all posts
pengacara, pelawak dan pelakon wanita 80-an??

didie alias berlakon 1990an, raja azura la kot, 80an dia dah ada dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:31 PM | Show all posts
ape kesahnye??biar le
buruk di mata orang, tp kat tuan punya, selagi leh pakai, ape ade halll
yg budak tu, ade kete ker???{:1_270:}
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:32 PM | Show all posts
mr os bukan driver teksi..actually die owner comopany taxi, sb die boring die pon ada gak bwk teksi.takde la meraih simpati bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:33 PM | Show all posts
teruknya reputz ni...dia gak yg kata begini "Saya tak kisah pun. Saya tak pernah meletakkan persepsi kehebatan seseorang itu terhadap apa yang dia miliki." tapi sibuk melaporkan retis tu pakai kereta buruk...

buruk2 pun kereta dia duit dia...dia punya suka la nak pakai kereta apa...entah2 kat rumah retis tu ada kereta cantik...kalo betul dia pakai kereta buruk pun, tentu dia save duit dia utk hal keluarga yg lebih penting...cuba lapoerkan salah-laku retis yg tah apa2 tu...duk sibuk report kereta buruk org...:@

<wah bebel plak hakak baca berita ni... >
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:40 PM | Show all posts
pun terbayangkan Didie Alias...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:41 PM | Show all posts
salahkah pakai kereta buruk? kenapa pula nak malu? walaupun beliau artis....
artis tak semestinya kaya dan memiliki kereta mahal saja...
ada juga orang yang kaya namun memiliki kereta terpakai ataupun kereta buatan tempatan saja.
ikut selera masing masinglah...dan juga kemampuan.

agaknya wartawan NIEZAM ni sudah kekeringan idea... artis pakai kereta buruk pun boleh dijadikan isu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:44 PM | Show all posts
Buruk2 pon kete jgk, not a big deal la reporter weiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 08:44 PM | Show all posts
salahkah pakai kereta buruk? kenapa pula nak malu? walaupun beliau artis....
artis tak semestinya k ...
AzranDaniel Post at 26-12-2011 20:41


memang kering otak dah si nizam tuh..aritu pasal artis balik kmpung naik bas pon die bleh wat artikel..bodow
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:50 PM | Show all posts
Kereta - bringin me from point a to point z. Bezanya kereta baru-- laju sikit, kereta antik-- lambat sikit.
Nak teka jugaks---- ogy?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:54 PM | Show all posts
apa kes ni....sukati dia laanak pakai keta buruk pun...bukan keta ko pun...choyyy
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:11 PM | Show all posts
jadi? ape problemnye kalo dia pakai kete buruk?? hina ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.573169 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list