CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Amah hadapi hukuman pancung

[Copy link]
Post time 27-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tuti Tursilawati dihukum mati pertahan diri cubaan rogol majikan\rJAKARTA: Seorang lagi warga Indonesia berdepan dengan hukuman pancung kerana membunuh majikan yang didakwa cuba merogolnya dan dalam usaha menyelamatkannya, Indonesia menghantar bekas Presiden BJ Habibie untuk menyelamatkan pekerja itu, Tuti Tursilawati.\r\n\n\n\n\r   Menurut laporan, majikannya mendera Tuti secara seksual ketika bekerja. \rPada 11 Mei 2010, majikannya didakwa cuba merogolnya tetapi Tuti memukulnya dengan kayu untuk mempertahankan diri. Majikannya mati akibat pukulan itu.\r\n\n\n\n\n\rTuti kemudian melarikan diri dengan membawa barangan milik lelaki itu bernilai 31,500 riyal (RM26,484) dan seutas jam tangan. \rKetika siasatan dijalankan pada 18 Mei 2010, Tuti yang ditemani kakitangan Konsul Besar Indonesia di Jeddah, mengaku melakukan pembunuhan dan mencuri. \rKetua Agensi Perlindungan dan Penempatan Pekerja Asing Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat, berkata keluarga mangsa memfailkan petisyen dengan meminta mahkamah Arab Saudi melepaskan Tuti daripada hukuman mati. \rWalaupun dengan perantaraan pihak berkuasa Arab Saudi, keluarga terbabit enggan menukar hukuman mati dengan wang.\rSehubungan itu, Jumhur gembira bekas Presiden Indonesia berkenaan melakukan misi untuk menyelamatkan pekerja berusia 27 tahun itu. \rJumhur berkata, dia sudah bertemu Habibie untuk menyampaikan harapannya supaya bekas presiden itu dapat menyelamatkan warga negara mereka daripada tali gantung.\rTuti yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki berusia enam tahun berasal dari kampung Cikeusik, Majalengkat, Jawa Barat. \rDia dihantar ke Arab Saudi oleh agensi PT Arunda Bayu pada 5 September 2009 dan bekerja dengan keluarga Suud Malhaq Al Utaibi di bandar Thaif. \rBapanya, Ali Warjuki, yang turut dikenali sebagai Dudu, ke pejabat BNP2TKI di Jakarta pada 5 Oktober lalu ditemani aktivis Kesatuan Pekerja Asing Indonesia (SBMI) bagi menggesa kerajaan berusaha membebaskan Tuti daripada dipancung.\rMenurut Jumhur, Habibie ke Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu dan akan bertemu ketua Pasukan Bertindak bagi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia di Riyadh, Maftuh Basyuni.\rPada 6 Oktober 2011, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar surat kepada pemerintah Arab Saudi meminta bantuan mereka supaya memujuk keluarga majikan memberi keampunan kepada Tuti. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.149525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list