CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Ikhwanul Muslimin tak iktiraf Israel

[Copy link]
Post time 3-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Cadang bawa perjanjian damai Israel, Mesir kepada satu pungutan suaraKAHERAH: Ikhwanul Muslimin mengesahkan  pihaknya tidak akan mengiktiraf Israel di bawah sebarang keadaan, tindakan untuk membatalkan perjanjian damai yang boleh mewakili peluang strategik bagi MB ketika mereka cuba mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.\rIkhwanul Muslimin yang menang besar dalam pilihan raya pertama bagi Parlimen Mesir, mengumumkan bahawa ia tidak akan mengiktiraf Israel dan bercadang untuk membawa perjanjian damai Israel, Mesir kepada satu pungutan suara.\r\n\n\n\n\r   “Kami tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa juga   keadaan, kami bercakap mengenai perjanjian penjajahan dan musuh jenayah,” kata Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin Dr  Rashad Bayoumi.\r\r\n\n\n\n\n   Penyokong Parti Keadilan dan Kebebasan Ikhwanul Muslimin Mesir menyertai satu perarakan dalam menyokong lawatan  pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, ke Kaherah pada 26 Disember lalu.\r“Tiada syarat terhadap pengiktirafan Israel. Ini bukan satu pilihan, tetapi apa juga keadaannya  kami tidak akan mengiktiraf Israel langsung, Israel adalah musuh, penjajah dan satu entiti jenayah,” kata Bayoumi dilaporkan memberitahu akhbar Al-Hayat yang berpejabat di London.\rKenyataan  ini adalah bertentangan dengan laporan sebelumnya oleh diplomat Barat, yang menyatakan bahawa pemimpin pergerakan itu memberitahu mereka bahawa Ikhwan Muslimin tidak akan membahayakan hubungan Mesir dengan Israel.\rNamun, Bayoumi menolak sebarang kemungkinan bahawa beliau dan mana-mana ahli pergerakannya akan bersetuju untuk bertemu dengan Israel. Beliau berkata bahawa Ikhwanul Muslimin akan menangguhkan sebarang perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Mesir ketika tempoh ‘sementara’ itu, tetapi menambah bahawa sebaik saja kerajaan baru dilantik, perjanjian damai dengan Israel tidak akan diteruskan semula dan penduduk diminta memutuskannya.\r\n\n\n\r“Ikhwanul Muslimin dipanggil untuk menghormati perjanjian antarabangsa tetapi kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perjanjian damai dengan entiti Zionis. Ia adalah hak bagi mana-mana parti untuk mempertimbangkan semula perjanjian itu dan penduduk Mesir tidak akan meluahkan pandangan mereka mengenainya. Kami tidak pernah meluluskan keamanan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini,” katanya.  – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043775 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list