View: 115|Reply: 0
|
72 maut kota puak Syiah kena serang
[Copy link]
|
|
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 72 orang terbunuh dalam beberapa serangan di kejiranan puak Syiah semalam, ketika pertelagahan politik yang mencetuskan ketegangan puak sejak sejak seminggu lalu.\rSerangan terburuk menyaksikan sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam serangan bunuh diri di pinggir bandar Nasiriyah di selatan negara itu, ketika sekumpulan puak Syiah berjalan menuju ke Karbala untuk menghadiri upacara Arbaeen (memperingati tempoh 40 hari selepas kematian cucu Rasulullah Saidina Hussein).\r\n\n\n\n\r“Hospital Nasiriyah mengesahkan 45 orang terbunuh dalam serangan ketika rombongan puak Syiah menuju ke Karbala,” kata ketua jabatan kesihatan wilayah di Dhi Qar, Hadi Badr al-Riyahi.\r\r\n\n\n\n\nDi bandar Kadhimiyah, kementerian pertahanan dan dalam negeri melaporkan, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan bom kereta di persimpangan sebatang jalan. Beberapa kenderaan, kedai dan sebuah hotel yang baru dibina, rosak teruk.\rPada masa sama, lima butir bom meletup di kejiranan puak Syiah di utara Baghdad dan mencederakan berpuluh yang lain.\rKeganasan turut menyebabkan lebih 100 orang cedera itu adalah yang terburuk sejak 67 orang maut pada 22 Disember, sejurus selepas krisis politik melanda Iraq apabila, waran tangkap dikeluarkan ke atas Naib Presiden, \rTareq al-Hashemi yang didakwa mengendalikan satu skuad untuk membunuh rakyat Iraq.\rSpeaker parlimen Iraq, Osama al-Nujaifi, seorang Sunnah dan negara jiran Iran mengecam sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku.\rHashemi kini dilaporkan berlindung di wilayah Kurdis di utara dan menafikan dakwaan ke atasnya. Beliau dan anggota partinya Iraqiya memulaukan kabinet dan sidang parlimen Selasa lalu.\rBerbeza dengan serangan bulan lalu yang tidak menyasarkan mana-mana puak, keganasan semalam disasarkan secara keseluruhannya ke atas puak Syiah. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|