View: 130|Reply: 0
|
9 warga Indonesia terlepas hukum mati
[Copy link]
|
|
Kedutaan di Arab Saudi sediakan penterjemah, peguam bantu rakyat bersalah kes jenayah\rJAKARTA: Kedutaan Indonesia di Arab Saudi berkata ia berjaya menyelamatkan sembilan daripada 15 warganya yang dihukum mati di negara Islam itu.\r\n\n\n\n\r “Daripada 15 kes rakyat Indonesia yang menerima hukuman mati, sembilan daripadanya berjaya diselamatkan kedutaan Indonesia di Riyadh pada 2011,” kata agensi berita Antara memetik satu kenyataan kedutaan yang diterimanya dari Riyadh, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n Kenyataan itu berkata proses perbicaraan untuk enam lain masih belum berakhir dan kedutaan menawarkan bantuan berterusan, termasuk menyediakan penterjemah dan peguam.\rKenyataan itu menyebut sebahagian daripada sembilan orang yang menerima pembatalan hukuman sudah pulang ke tanah air. Mereka termasuk Darsem Daud Tawar, yang dituduh membunuh anak lelaki majikannya, tetapi sudah mendapatkan pengampunan dari keluarga itu dan kembali ke Indonesia Julai lalu.\rBayanah Banhawi, yang didapati bersalah membunuh anak majikannya berusia empat tahun, mendapat penukaran hukuman mati kepada penjara kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian. Dia sejak itu dibebaskan dan kembali ke Indonesia Disember lalu.\rNeneng Sunengsih Mamih, yang juga didapati bersalah membunuh bayi majikannya, kemudian dilepas dan dibebaskan. Neneng masih berada di bangunan kedutaan di Riyadh, menunggu kepulangannya ke Indonesia hujung bulan ini.\r\n\n\n\rDarmanti Kusandi Harjum Karim dan Junaesih Oman Diyar, kedua-duanya menanti hukuman mati kerana didakwa menggunakan sihir, kemudian mendapat pertukaran kepada hukuman penjara.\rSumartini Manaungi Galisung dan Warnah Warta Niing yang turut dihukum mati kerana menggunakan sihir juga ditukar kepada hukuman penjara.\rDua lagi amah Indonesia, Milan Nuryani dan Yumanaha Nagabiyu, dijatuhi hukuman mati dengan rejam kerana berzina namun ditukar kepada hukuman penjara.\rKenyataan kedutaan berkata untuk menyediakan bantuan perundangan kepada warga Indonesia bermasalah dengan undang-undang di Arab Saudi, kedutaan di Riyadh dan konsulat besar di Jeddah bekerjasama dengan peguam tempatan.\rPada 13 Disember lalu, kedutaan menandatangani satu kontrak dengan seorang peguam tempatan, Abdullah Abdurrahman Al Muhaemeed, sementara konsulat besar di Jeddah dijangka menandatangani satu kontrak tidak lama lagi dengan peguam tempatan, Khuddran Mufsir Al Zahrani.\rKedutaan berkata, ia juga secara kerap menerbitkan Warta Indonesia, majalah yang membantu menyebarkan maklumat di kalangan warganya yang tinggal dan bekerja di Arab Saudi mengenai risiko perundangan yang dihadapi mereka jika terbabit dalam jenayah atau pelanggaran undang-undang di negara itu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|