CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Aplikasi komputer bukan lagi fantasi

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 90 peratus penduduk dunia dihubungi internet 2015DARIPADA komputer riba pertama dunia yang dikawal menggunakan mata, aplikasi menjejak haiwan peliharaan sehinggalah notebook kaca sangat nipis, Pameran Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) yang berakhir kelmarin, mencetus penghasilan ciptaan teknologi masa depan.\rBagaimanapun, dua arah aliran sangat menyerlah pada kali ini apabila kita dapat berinteraksi dengan peralatan ke seluruh dunia tanpa perlu berfikir atau menyedari kehadirannya.\r\n\n\n\n\r  Antaranya, pembersih hampagas berkeupayaan WiFi yang akan memberitahu kita bila masanya untuk menukar penapis sehingga kepada aplikasi facebook dalam Mercedes-Benz serta Pandora di pintu peti sejuk.\r\r\n\n\n\n\n  Semua mesej daripada pameran kali ini menunjukkan keseluruhan peralatan elektronik tidak lama lagi akan menjadi sebahagian daripada rangkaian berkenaan.\r“Pada 1998, semua ini adalah sangat sains fiksyen.\r“Kini ia semakin hampir. Bukan lagi fantasi. Ia betul-betul berlaku.” kata Pengarah Pengurusan Produk Verizon, Joe Ambeaut ketika memerhati pembersih hampagas itu.\r“Hampir 90 peratus penduduk dunia akan dihubungkan dengan internet menjelang 2015, kata Ketua Eksekutif Ericsson, Hans Vestberg ketika berucap pada pameran itu,  dan 50 bilion akan menggunakan peralatan Internet pada 2020.\r\n\n\n\rProspek seperti itu mengubah kedudukan pameran jualan teknologi terbesar dunia itu.\r“Jika anda berada di CES tiga atau empat tahun lalu, segala-galanya adalah mengenai siapa yang dapat membina televisyen panel rata terbesar,” kata Henry Samueli, pengasas bersama firma rangkaian tanpa wayar, Broadcom Corp.\r“Kini, semua orang bercakap mengenai bagaimana mereka dapat menghubungkan peralatan masing-masing, apa caranya berkongsi media, filem serta muzik. Segala-galanya kini adalah mengenaii menghubungkan peralatan elektronik pengguna,” katanya. \rAntara teknologi yang mencetus minat pada pameran itu adalah Tobii, yang membolehkan pengguna bermain permainan video serta menggerakkan skrol di sekeliling skrin dengan hanya memerhati atau menggunakan kerlipan mata saja.\rAplikasi Tagg pula menghantar teks atau e-mel kepada pengguna jika haiwan peliharaan mereka keluar daripada kawasan ditetapkan.\rPeralatan keluaran Hewlett Packard, model Spectre daripada kaca sepenuhnya, menjadi harapan generasi baru komputer riba nipis dengan skrin sesentuh bagi menggantikan model lapuk antara berjaya menarik perhatian. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036904 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list