CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 1

Sentoria naik taraf taman tema

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SENTORIA Group Bhd, pengendali taman tema Bukit Gambang Resort City (BGRC) bakal meningkatkan kapasiti penginapan di resortnya pada suku ketiga tahun ini.\rKetika ini, bandar resort bersepadu di tapak seluas 221.36 hektar di Kuantan, Pahang itu adalah antara terbesar di Malaysia dengan menawarkan pelbagai daya tarikan termasuk Bukit Gambang Water Park, Active Academy dan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat, konvensyen serta pameran.\r\n\n\n\n\r  Ketua Hubungan Pelabur dan Awamnya, Nasiruddin Nasrun, berkata selepas dua tahun pembukaan resort itu pada pertengahan 2009, kehadiran pengunjung ke Bukit Gambang Water Park menyaksikan peningkatan dari segi bilangan apabila  menerima  sejuta orang sepanjang tempoh itu.\r\r\n\n\n\n\n“Kami sedang berusaha memperbesarkan lagi kawasan dalam BGRC termasuk menambah kapasiti penginapan untuk menarik lebih ramai pengunjung.\r“Usaha menaik taraf ini juga akan membolehkan kami menawarkan pengalaman ‘bermain dan menginap’ untuk semua pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.\rKetika ini, BGRC mempunyai 998 bilik penginapan di resort Caribbean Bay dan sedang membangunkan resort Arabian Bay yang akan meningkatkan kapasitinya sehingga 1,864 bilik secara keseluruhannya.\rResort Arabian Bay dianggarkan memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) RM92 juta dan dijangka akan siap dibina sepenuhnya pada September depan.\r\n\n\n\rNasiruddin berkata, pihaknya percaya peningkatan kapasiti penginapan itu adalah sejajar dengan peningkatan jumlah pengunjung ke resort itu yang bukan saja dari bahagian Pantai Timur, tetapi juga dari Lembah Klang dan Singapura.\r“Kami juga bercadang untuk terus membangunkan BGRC supaya ia akan menjadi antara destinasi pilihan utama dalam negara,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 09:10 AM | Show all posts
br balik dr bkt gambang resort..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.076984 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list