View: 190|Reply: 0
|
Dengarnya...: Tertekan rahsia terbongkar?
[Copy link]
|
|
Dengarnya...: Tertekan rahsia terbongkar?Oleh Normah Becok2012/01/20\n\n\n\n\n\n\n\nRASANYA baru saja Cik Normah terbaca artikel mengenai kebahagiaan pelakon ini bersama suami dan anak-anak. Walaupun timbul kisah kurang enak membabitkan rumah tangga mereka, ombak dan badai mendatang mampu diharungi dek kecekalan hati.\rKalau sesiapa berada di tempatnya, belum tentu dapat melawan gelora yang melanda. Mana taknya, apabila berkahwin dengan lelaki berharta dikata menumpang senang. Kemudian berlaku banyak lagi rentetan yang menjadikan pasangan itu sebagai bahan gosip.\r\n\n\n\n\rKasihan juga Cik Normah dengan nasibnya. Iyalah, apabila timbul cerita mengaibkan, tentu saja keluarga turut menjadi mangsa, terutama anak-anak yang tidak mengerti apa-apa.\r\r\n\n\n\n\nSekarang menurut Kalsom Lentik, dengarnya ada gangguan lain pula muncul hingga nyaris menggegarkan mahligai indah pasangan terbabit. Khabarnya berkaitan dengan ilmu mistik yang membuatkan si wanita mengalami tekanan jiwa dan kerap menangis.\rSebenarnya, maklumat berkenaan diperoleh daripada teman sepejabatnya yang rapat dengan suami artis berkenaan. Cuma tak tahulah disebabkan rahsianya terbongkar atau memang dirinya ‘dihuni’ sesuatu.\rDaripada mulut suaminya juga, sudah mula berasakan ada sesuatu yang pelik berlaku sejak awal perkahwinan mereka, tetapi dia sukar meluahkan sebarang kemusykilan kepada isterinya.\rNamun yang nyata, apabila satu persatu perkara dapat dibongkar, dia sendiri semacam berasa benci terhadap isterinya. Sebagai ketua keluarga, dia cuba pergi berubat bimbang ada yang tidak kena.\r\n\n\n\rBarangkali dari situ timbul kisah pasangan terbabit terkena guna-guna, cuma tak tahulah sama ada berkaitan dengan ilmu hitam atau memang sengaja mengada-ngada.\rApa pun, kita doakan semoga keluarga mereka dilindungi daripada sebarang anasir kurang sihat.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|