View: 217|Reply: 0
|
Dari Dalam Diri: Semangat balik cuti
[Copy link]
|
|
Teringat detik manis rai hari jadi di Burj Khalifa, Dubai serta terharu ingatan peminatASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca Berita Harian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalani hari-hari anda dengan penuh kebahagiaan.\n\n\n\n Nampaknya, mulai hari ini sudah ramai yang bercuti sempena Tahun Baru Cina. Siti pasti, macam-macam rancangan yang anda fikirkan termasuk bercuti bersama keluarga. Sekolah juga bercuti panjang iaitu selama seminggu, mungkin ada pelbagai program dan aktiviti bakal anda laksanakan.\n\n\n\n\n Siti mengharapkan supaya perjalanan anda semua pulang ke kampung atau ke mana-mana destinasi akan selamat. Kepada adik-adik, walaupun bercuti, jangan lupa mengulangkaji pelajaran. Penggal persekolahan baru saja bermula, jangan lengahkan waktu untuk belajar kerana persediaan harus dibuat lebih awal. Alhamdulillah, sudah hampir seminggu Siti pulang ke tanah air dari bercuti. Sejak awal minggu ini, Siti juga sudah memulakan rutin kerja seperti biasa. Percutian yang baru-baru ini memberikan keseronokan dan kegembiraan buat Siti, apatah lagi ia disertai kawan-kawan Siti dan suami. Banyak pengalaman indah selama Siti berada di Morocco, Marakech dan Dubai.Sekali sekala bercuti dapat juga Siti menenangkan fikiran dan melihat negara orang. Siti telah ke Morocco (Casablanca) selama tiga hari dua malam dan kemudian ke Marakech selama dua malam.Di Marakech, Siti sangat mengagumi hasil kraftangan dan hiasan dalam di hotel serta restoran yang sempat Siti kunjungi. Siti juga sempat ke puncak gunung dan bermain salji dan ia pengalaman yang sangat sukar dilupakan.\n\n\nSelepas itu, Siti ke Dubai pula selama empat hari. Bagi Siti, Dubai sebuah negara yang sangat menarik dan pesat dengan pembangunan. Kemajuan di Dubai amat mengagumkan Siti. Siti juga menyambut ulang tahun kelahiran Siti di Burj Khalifa (mercu tanda di Dubai). Tempat ini memang menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi jika sesiapa ke Dubai dan tidak mudah untuk membuat tempahan makan malam di sana.Namun seorang teman di Dubai memudahkannya dan Siti, suami serta rakan-rakan dapat meraikan hari jadi Siti di situ.Sepanjang bercuti, Siti dapat juga sesekali muncul di laman Twitter Siti dan peminat boleh mengetahui perkembangan semasa Siti. Ucapan-ucapan hari lahir yang diberi peminat juga dapat Siti baca. Siti sangat menghargai mereka. Hadiah, bunga dan kek juga turut dihantar ke pejabat dan ke rumah Siti, tentunya ini adalah sesuatu yang sangat membuatkan Siti rasa terharu.Malam tadi, peminat meraikan hari lahir Siti dalam satu majlis santai `potluck\' yang diadakan di Cheras. Majlis itu terbuka kepada semua peminat Siti yang mahu meraikan hari jadi Siti dan kami mengadakannya dalam suasana santai dan menikmati makanan yang dibawa masing-masing. Ia sesuatu yang sangat menyeronokkan apatah lagi Siti berkesempatan menyertai mereka dalam beberapa permainan termasuk acara memotong kek.Siti amat terharu dengan sokongan yang mereka berikan dan peminat adalah anugerah yang tidak ternilai untuk Siti. Siti juga berterima kasih di atas undian peminat yang memilih Siti untuk menjadi lima finalis Anugerah Seri Perak (Anugerah Bintang Popular).Walaupun sudah dua tahun tidak menyertai anugerah ini tetapi kali ini agak istimewa kerana diwujudkan Anugerah Seri Perak. Bagi Siti, dibariskan di antara lima finalis itu sudah cukup menggembirakan kerana ia adalah sokongan peminat.Selain itu, sempena sambutan Maulidurrasul, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd dan Rabbani Productions (M) Sdn.Bhd. akan bekerjasama mengadakan Sinar Maulidurrasul 1433H `Muhammad Al-Ameen\'.Siti amat berharap usaha murni ini akan mendapat sokongan badan-badan korporat kerana ia adalah satu amanah dan tanggungjawab kita kepada Junjungan Rasulullah SAW. Siti berharap apa yang kami rencanakan akan dapat dihasilkan dan Siti akan bercerita lagi mengenai program ini pada keluaran akan datang.Sekian saja catatan Siti minggu ini. Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikannya. Salam mesra selalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|