CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Scomi bina monorel di Brazil

[Copy link]
Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Meterai kontrak bersama 3 syarikat tempatan bernilai RM2.56 bilion\rSCOMI Group Bhd menerusi anak syarikatnya, Scomi Engineering Bhd bersama dengan tiga syarikat Brazil memeterai kontrak dengan Sekretariat Infrastruktur Negeri Amazon, Brazil bagi membangunkan projek monorel di Manaus bernilai RM2.56 bilion. \r\n\n\n\n\r   Kontrak yang diperoleh Scomi dengan CR Almeida S/A Engenharia De Obras (CR Almeida), Mendes Junior Trading E Engenharia S/A (Mendes Junior) dan Serveng-Civilsan S/A Empresas Associadas De Engenharia (Serveng) itu, merangkumi reka bentuk kejuruteraan terperinci, pembinaan, bekalan dan pemasangan sistem monorel di bandar berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  Scomi berkata, daripada RM2.56 bilion itu, Scomi Engineering akan memperoleh bahagian kerja berjumlah RM597.2 juta dan skop kerjanya membabitkan kerja reka bentuk dan membekalkan gerabak dan peralatan depoh, reka bentuk struktur rusuk, membekalkan kenderaan penyenggaraan, integrasi sistem dan pengurusan projek.\rProjek monorel Manaus akan mempunyai kapasiti untuk mengangkut 35,000 penumpang sejam sehala antara Largo da Matriz sehingga Jorge Teixeira dan akan memanfaatkan lebih 300,000 pengguna komuter setiap hari.\rPresiden Scomi Brazil, Hilmy Zaini Zainal berkata menerusi projek Manaus membolehkan syarikat itu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian pengangkutan bandar yang inovatif di Brazil.\rBeliau berkata pemilihan syarikat berkenaan sebagai pembekal sistem monorel di Manaus dihargai dan ia adalah testimoni kepada kebolehan dan kepakaran Scomi di peringkat antarabangsa.\r\n\n\n\r“Pengenalan sistem monorel kami di bandar berkenaan akan mempertingkatkan kualiti hidup penduduk di negara itu  dengan peningkatan pergerakan, mengurangkan kesesakan dan memanfaatkan ekonomi tempatan dan alam sekitar,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list