CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Bayi paling kecil di dunia dibenarkan keluar hospital

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Salah seorang bayi paling kecil di dunia yang terselamat dibenarkan keluar dari hospital di mana dia menghabiskan hampir lima bulan dalam inkubator, tetapi mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.\rMemakai topi benang bulu merah jambu dengan selimut merah jambu, Melinda Star Guido disambut  dengan rakaman  kamera televisyen dan jurugambar di luar Pusat Perubatan USC Los Angeles County.\r\n\n\n\n\r   “Saya gembira beliau dalam keadaan sihat. Saya gembira saya akhirnya dapat membawanya pulang. Saya amat bersyukur,” kata ibunya Haydee Ibarra, 22.\r\r\n\n\n\n\n   Melinda dilahirkan 30 Ogos lalu dengan hanya seberat 269 gram, kurang daripada satu tin air soda. Dia terlalu kecil sehingga tubuh kecilnya muat pada tangan doktornya. Melinda dipercayai bayi ketiga paling kecil di dunia yang terselamat dan kedua terkecil di Amerika Syarikat.\rKini denga  berat badan .04 kilogram dan bernafas menerusi satu tiub oksigen sebagai langkah berhati-hati, doktor berkata Melinda sudah banyak mencapai perkembangan untuk membolehkannya dibawa pulang.\rImbasan otaknya adalah normal dan matanya berkembang dengan baik. Dia juga melepasi ujian pendengaran dan tempat duduk bayi dalam kereta yang diperlukan bayi pramatang sebelum dibenarkan pulang.\rNamun terlalu awal untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membesar dari segi fizikal, namun doktor bercadang memantaunya dalam tempoh enam tahun akan datang.\r\n\n\n\r“Saya optimis namun berhati-hati bahawa bayi itu akan membesar dengan baik, namun ia bukan satu jaminan,” kata Dr Rangasamy Ramanathan, yang merawat bayi pramatang di hospital itu.\rKebanyakan bayi kecil tidak dapat diselamatkan walaupun dengan penjagaan perubatan lanjut. Kira-kira 7,500 bayi dilahirkan setiap tahun di Amerika dengan berat kurang 0.45 kilogram dan kira-kira 10 peratus terselamat. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.036159 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list