CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Gas Malaysia dijangka tersenarai ke Pasaran Utama April

[Copy link]
Post time 26-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GAS Malaysia Sdn Bhd, pengedar dan peruncit gas asli terbesar di Malaysia, dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada April ini.Difahamkan syarikat itu akan memeterai perjanjian pembekalan gas yang baru dengan PETRONAS dalam tempoh terdekat, sekali gus membolehkan syarikat milik MMC Corporation Bhd itu menerbitkan prospektus tawaran awam permulaannya (IPO).\n\n\n\n  \"Perjanjian pembekalan gas baru antara Gas Malaysia dan PETRONAS itu adalah rundingan semula kontrak pembekalan kerana perjanjian pembekalan sedia ada tamat akhir tahun lalu,\" kata sumber industri kepada Berita Harian.\n\n\n\n\n\n  Beliau berkata menerusi perjanjian baru itu, Gas Malaysia boleh menyediakan bekalan gas jangka panjang kepada pelanggannya yang terdiri daripada lebih 33,700 pengguna kediaman dan 700 pelanggan industri. Katanya, perjanjian itu penting kerana ia adalah antara syarat utama dalam kelulusan bersyarat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi membolehkan Gas Malaysia menerbitkan prospektus IPOnya.Sumber itu berkata, cadangan penyenaraian pengedar dan peruncit gas asli itu juga mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pelabur berikutan cadangannya untuk mengagihkan 100 peratus keuntungan bersihnya sebagai dividen pada tahun pertama penyenaraiannya.Katanya, syarikat itu juga akan mengagihkan 75 peratus daripada keuntungan bersihnya sebagai dividen pada tahun kedua penyenaraiannya sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya.\n\n\nCadangan IPO Gas Malaysia membabitkan 333.84 juta saham atau 26 peratus daripada modal saham berbayar dan terbitannya.Daripada 333.84 juta saham itu, 303.498 juta akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi, dengan 147.678 juta untuk institusi terpilih Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan 155.820 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan.Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 12.84 juta adalah untuk langganan awam Bumiputera, manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera.Baki 4.662 juta lagi dikhususkan untuk langganan kakitangan dan pengarah syarikat itu yang layak.Berikutan Gas Malaysia tidak akan menerbitkan saham baru bagi IPO itu, MMC dan rakan kongsinya dalam syarikat itu akan menawarkan saham dalam beberapa bahagian bersandarkan kepada jumlah kepentingan masing-masing.Ketika ini, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.077924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list