Post Last Edit by saper_ntah at 26-1-2012 10:13
Korang rasa macamana? Situasi saya macam ni: Saya tak rapat sebenarnya dengan adik kepada kawan saya ni. Tapi kami pernahlah jumpa masa saya datang rumah kawan saya. Tak pernah pun borak2. Saya angap dia tak wujud je masa saya tumpang rumah kawan saya tu. Kami memang kenal2 gitu je…sy tau dia adik kawan sy dan dia tau sy kwn kakak dia. Entah macamana semuanya bermula, dia kadang2 tiba2 sms sy cakap dia rindu tapi dia tak cakap direct. Kadang2 dia cakap rindu kat ole2 yg saya selalu bawak…kadang2 rindu kat kek yang saya buat…kadang2 rindu kat orang KL (sy dok KL tp dia dok Kedah). Tapi kekerapan dia sms tu sangatlah jarang, kadang2 sebulan sekali, kadang2 2or 3 bulan sekali. Lepas tu sekarang ni dia bahasakan diri saya ”syg” dlm sms dia. Pernah sekali dia tulis ”lebiu” kat sms dia. Tapi dia tak pernah cakap dia suka kat saya. Semua pun sms dia tu tak pernah yg direct…berbasa-basi or berlapik2 la gitu. So sekarang ni sy tak tau dia suka saya or tak. Kadang2 saya yg sms dia dulu. Malu gak sebab pompuan yg start dulu tp sms sy selalunya berkisar pasal bisnes la (acah2 je sebenarnya tu...haha..ai malu tau nak ckp direct) sy sebenarnya suka gak kat dia. Tapi camne ni? Nanti kang syok sendiri pulakkkkk.... Tulungggg....kao meng aaaa... Apa pendapat korang? |