CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5179|Reply: 23

[Dunia] Kapal angkasa NASA tidak terbakar dekat Matahari

[Copy link]
Post time 30-12-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 30-12-2024 02:13 PM

Oleh Kosmo!
29 Disember 2024



WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) secara rasmi mencipta sejarah apabila sebuah kapal angkasa miliknya berada paling hampir dengan Matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Agensi angkasa lepas milik Amerika Syarikat (AS) itu mengesahkan bahawa kapal angkasa dikenali sebagai Parker Solar Probe terselamat ketika menghampiri Matahari dan kini beroperasi seperti biasa.


Kapal angkasa itu dilancarkan dari Cape Canaveral, negeri Florida pada Ogos 2018 sebelum memulakan perjalanan sejauh 149,668,992 kilometer menuju ke orbit Matahari.

“Parker Solar Probe telah ‘menelefon’ (menghubungi) ke rumah (pangkalan NASA di Florida) !

“Selepas berada  hanya 6.1 juta kilometer dari permukaan Matahari pada 24 Disember lalu yang merupakan penerbangan terdekat dalam sejarah, kami telah menerima isyarat daripada Parker Solar Probe mengesahkan kapal angkasa itu selamat,” kata  NASA di platform X.

Semasa penerbangan, Parker Solar Probe menempuh  suhu sehingga 982 darjah Celsius sambil bergerak pada kelajuan 692,017 kilometer sejam tetapi perisai haba melindungi kapal angkasa itu dengan berkesan.

Selain memecahkan rekod, saintis-saintis  berharap misi itu akan membolehkan mereka mengukur cara material dipanaskan hingga berjuta-juta darjah Celsius, mengesan asal usul angin Matahari dan mempelajari cara zarah bertenaga mencapai hampir kelajuan cahaya. – AGENSI





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 02:16 PM | Show all posts
dulu amstrong..skang ni pulak hihi
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga misteri knp suhu bhgn korona lbh panas drpd suhu pmukaan matahari bakal terjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gnorts, mr alien
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu ehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 04:31 PM | Show all posts
Laaaaa dah komer gi waktu malam....mana nak terbakooor nyer nyaaah oiiii.....cer gi waktu siang....harus ler rentung oiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2025 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi dah berdekad2 anto satelit ke matahari memang tak terbakar bhai..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertanya2 juga macam mana kamera boleh rakam kapal tu dekat matahari, maksudnya ada kapal satu lagi la ye follow untuk record video
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 1-1-2025 06:21 AM
Tertanya2 juga macam mana kamera boleh rakam kapal tu dekat matahari, maksudnya ada kapal satu lagi  ...

Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong merungkai misteri tersebut..

Satu soklan noob dari ai yang x berapa cerdik nie..napa nampak matahari kecik ja nak compare dengan dengan Nasa punya kapal angkasa tue..adakah sebab distance sejauh 6.1 juta km tu buatkan matahari nampak kecik walaupun mata kasai ai nampak mcm dekat jah..

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
zad78 replied at 31-12-2024 04:31 PM
Laaaaa dah komer gi waktu malam....mana nak terbakooor nyer nyaaah oiiii.....cer gi waktu siang....h ...

Terpaling sami bellu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 1-1-2025 06:51 AM
Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong ...

kan dah tulis kat atas tu.. "illustrasi artis"

a.k.a gambar sekadar hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 11:53 AM | Show all posts
Mana boleh tembus sejauh tu, kan ada firmament

South pole yang katanya ada tembuk besar orang tak boleh sampai pun dah kena ceroboh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 1-1-2025 06:51 AM
Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong ...

Baru iols perasan tang pic atas tu dah tulis 'ilustrasi artis'

Jadi ntah betul ke tidak pasal ni.

Btw mungkin uols boleh tengok pasal ni kat video bawah ni.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bumi ni pun saintis dah boleh panaskan sesuatu bahan tu melebihi suhu matahari sampai 200 juta celcius
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 05:29 PM | Show all posts
tengok contoh kilang lebur besi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 05:29 PM | Show all posts

bagitau tang mana tipunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 05:31 PM | Show all posts
Barebow77 replied at 1-1-2025 06:51 AM
Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong ...

kan lakaran artis untuk penerangan ,x ikut perpektif
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 1-1-2025 11:53 AM
Mana boleh tembus sejauh tu, kan ada firmament

South pole yang katanya ada tembuk besar orang  ...


I feel you abam Capt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 07:08 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 1-1-2025 06:21 AM
Tertanya2 juga macam mana kamera boleh rakam kapal tu dekat matahari, maksudnya ada kapal satu lagi  ...

itu ilustrasi artis untuk kefahaman.boleh tengok hasil cerapan data yg mai nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 1-1-2025 06:51 AM
Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong ...

Andai matahari sebesar bola sepak.... PSP ni sehalus (atom barangkali?) berjarak ±1 meter dari bola.

Matahari ni besar.
1.3juta bijik bumi boleh disumbat memenuhi sebijik matahari.
Kalau banding saiz PSP seberat keta kancil (660cc kaburator) dengan saiz bumi memang haluslah.
Apatah lagi saiz PSP vs matahari.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.147499 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list