View: 241|Reply: 0
|
Penyeri hidup Lara Dutta
[Copy link]
|
|
Kelahiran Saira menjadi pelengkap rumah tangga yang dibinanya bersama Mahesh BhupathiKETIKA dunia ghairah memberikan liputan terhadap kelahiran cahaya mata pertamanya pada 20 Januari lalu, Lara Dutta memiliki perancangan sebaliknya. \n\n\n\nTanggungjawab sebagai ibu yang baru seminggu digalas tidak mengubah kecintaannya kepada dunia perfileman yang diceburinya sejak 2003.\n\n\n\n\nLara, 33, tidak merancang untuk berehat panjang kerana Mei depan, dia akan memulakan kerja penerbitan untuk filem terbarunya. Bekas Miss Universe 2000 itu, bagaimanapun masih berkira-kira sama ada akan terbabit sebagai pelakon utama atau sebaliknya.\"Yang pasti saya akan menerbitkan filem baru pada Mei ini. Mungkin saya akan berlakon watak utama. Cuma sesuatu yang dapat saya katakan, penonton akan melihat gandingan luar biasa sama seperti Challo Dilli di mana Vinay Pathak beraksi di sisi. \"Tetapi jika perancangan menjadi sebaliknya, saya tetap meneruskan niat untuk menerbitkan filem pada Mei ini. Barangkali saya hanya akan tampil dalam sebuah lagi filem membawakan watak utama pada Ogos depan,\" katanya.\n\n\nAktres kelahiran Uttar Pradesh, India yang mendirikan rumah tangga dengan pemain tenis, Mahesh Bhupathi pada 16 Februari 2011 menyifatkan 2012 sebagai tahun mencabar kepada mereka berdua.\"Mahesh akan beraksi di Olimpik, sementara saya pula mengalami perubahan hidup apabila bergelar ibu. Semua itu menuntut komitmen tinggi. “Pada masa sama, saya masih mahu berlakon dan menjadi penerbit. Semua itu saya pelajari ketika berlakon bersama Shah Rukh Khan dalam Don 2. “Dia memberitahu gembira melihat ramai aktres kini bergelar produser, selain turut menasihatkan saya supaya menyambung karier dalam bidang seni,\" katanya.Lara dan Mahesh menerima kehadiran cahaya mata perempuan pada tengah hari Jumaat lalu. Biarpun masih belum melakukan pengumuman rasmi mengenai nama bayi perempuan itu, namun pelakon Raveena Tandon dalam akaun Twitter mengalu-alukan kedatangan bayi yang digelarnya Saira Bhupathi itu.Ketika Lara bertarung melahirkan bayi mereka, Mahesh tidak dapat berada di sisi kerana terbabit dalam kejohanan terbuka Australia di Melbourne. Kegembiraan itu dikongsinya menerusi Twitter selepas berhubung dengan isterinya menerusi Skype.Mahesh memberitahu teman-temannya dia tidak sabar pulang ke tanah air untuk melihat cahaya matanya. Lara pula hanya dibenarkan pulang ke rumah seminggu selepas bersalin.Menurut sumber, bayi itu dilahirkan awal daripada jangkaan doktor iaitu pada minggu terakhir Januari namun Lara dan keluarganya sudah membuat persediaan menyambut kelahirannya.\"Lara terlalu gembira dan sedang berehat,\" kata sumber itu.Lara yang baru melancarkan DVD yoga khusus untuk wanita hamil begitu aktif menjelang tarikh bersalin apabila dilihat menghadiri pelbagai acara. Beberapa hari sebelum dimasukkan ke dewan bersalin, Lara sempat menghadiri sebuah majlis yang dihoskan oleh ratu program bual bicara, Oprah Winfrey.\"Oprah dan Shah Rukh Khan ialah dua insan yang paling saya kagumi. Terima kasih kerana membuat saya bahagia. Saya boleh memasuki dewan bersalin dengan gembira,\" katanya.Enggan berehat panjang, Lara menyatakan perasaan tidak sabar menanti kepulangan suaminya untuk memulakan peranan baru mereka sebagai ibu bapa.Bercakap mengenai tanggungjawab sebagai ibu, Lara berkata, ia adalah perasaan paling indah yang dilalui oleh setiap wanita.\"Berkahwin dan mempunyai cahaya mata ialah antara keputusan terbaik pernah saya lakukan dalam hidup. Bayi lelaki atau perempuan bukan keutamaan, cukup jika dia diberikan kesihatan yang sempurna,\" katanya.Lara mengakui, kehamilan tidak pernah membuatnya terperuk di rumah dan menyembunyikan diri kerana malu dengan perubahan fizikal yang dilalui. Sepanjang hamil, dia begitu aktif berkongsi perkembangan dirinya menerusi Twitter, malah cuba memenuhi jemputan yang dilayangkan kepadanya.Krismas lalu, seluruh ahli keluarganya terbang dari Bengaluru untuk merayakan perayaan itu bersamanya. Setiap kali di rumah, Lara akan menghabiskan masa membaca malah ia berlanjutan hingga tengah malam atau dinihari.Perkara itu pernah dikongsinya bersama peminat menerusi Twitter apabila Lara mencatat: \"Belajar bila untuk menutup buku setiap kali membacanya sebelum tidur. Mengapa malam terlalu singkat?\"Teka-teki nama bayi:BIARPUN Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan masih belum menetapkan nama kepada bayi perempuan mereka, Lara dan Mahesh pula dilaporkan memberikan nama Saira kepada bayi itu dalam tempoh tiga hari kelahirannya.Desas-desus itu diperkukuhkan apabila beberapa teman rapat mereka memberikan ucapan tahniah menerusi jaringan sosial terutama daripada Raveena yang menulis: \"Teman saya, Lara Dutta dan Mahesh Bhupathi menjadi ibu bapa kepada bayi perempuan. Siara Bhupathi Selamat Datang Bidadari\".Hal yang sama juga dilakukukan oleh bapa pemain tenis, Sania Mirza yang juga wartawan sukan, Imran Mirza yang mengemas kini status Blackberry dengan menulis: \"Selamat datang ke dunia Saira Bhupathi\".Bagaimanapun, Lara dan Mahesh enggan mengesahkan perkara itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|