CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Arab Saudi iktiraf SNC

[Copy link]
Post time 28-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Badan pembangkang dianggap perwakilan sah rakyat SyriaBANDAR KUWAIT: Arab Saudi akan mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria (SNC) sebagai wakil rasmi rakyat Syria, kata seorang anggota kanan kumpulan pembangkang itu dalam kenyataan, semalam. \n\n\n\n   “Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal memberitahu delegasi SNC dalam pertemuan di Kaherah minggu lalu bahawa negara itu akan mengiktiraf majlis ini sebagai wakil rasmi bagi rakyat Syria,” kata Anggota Eksekutif SNC, Ahmad  Ramadan kepada akhbar Kuwait, Al-Rai.\n\n\n\n\n\n  Beliau tidak memberitahu bila Riyadh akan memberi pengiktirafan itu atau sama ada langkah itu akan diikuti lima rakan dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC).GCC pada minggu ini mengumumkan akan mengikuti jejak Arab Saudi memanggil pulang wakilnya daripada misi pemerhati Liga Arab ke Syria yang banyak menerima kritikan. Ramadan yang menghadiri pertemuan itu memetik Saud sebagai berkata, kerajaan negara Arab yakin kerajaan Syria yang menyebabkan misi pemerhati gagal. Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membincangkan krisis Syria semalam apabila negara Barat dan Arab akan mengumumkan deraf resolusi mengutuk tindakan Damsyik menggunakan  kekerasan ke atas penunjuk perasaan, kata diplomat. Mesyuarat tidak dijangka itu diumumkan oleh diplomat Perancis selepas lima anggota tetapi majlis, Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan mengenai resolusi baru, kelmarin.Rundingan terbaru digesa diadakan oleh Maghribi, wakil tunggal negara Arab dalam badan 15 negara yang tidak bersetuju dengan resolusi berhubung tindakan keras Syria terhadap penunjuk perasaan anti kerajaan sejak Mac lalu. “Satu draf resolusi akan dihantar kepada semua anggota pada majlis hari ini,” kata seorang diplomat Majlis Keselamatan PBB.Resolusi baru memberi sokongan kuat kepada inisiatif negara Arab bagi mengakhiri krisis Syria dirangka oleh Britain, Perancis, Jerman dan negara Arab termasuk Maghribi dan Qatar. Penyokong draf itu berharap mendapat mengadakan undian pada minggu depan. Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad  Jassim Al-Thani akan memberi taklimat kepada anggota majlis pada Isnin atau Selasa depan. Liga Arab menggesa Presiden Bashar al-Assad menyerahkan kuasa kepada timbalannya supaya pilihan raya boleh dilaksanakan di Syria selepas lebih 5,400 orang terbunuh dalam penentangan terhadap Damsyik. – AFP/Agensi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.051873 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list