CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 1

Saintis Russia kesan makhluk jengking di Kejora

[Copy link]
Post time 29-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MOSCOW: Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu.\rSaintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.\r\n\n\n\n\r“Makhluk itu ‘muncul, bergerak dan kemudian menghilang. Lupakan teori yang menyatakan bahawa tiada hidupan di Kejora kerana teori terbaru ialah Kejora dan Bumi kelihatan mempunyai persamaan,” katanya dalam laporan di jurnal Penyelidikan Saintifik Sistem Suria yang  dipetik akhbar Daily Mail.\r\r\n\n\n\n\nSuhu di planet Kejora sebelum ini dikatakan mencapai 464 darjah Celcius dan permukaannya sentiasa dipenuhi kabus tebal berasid akibat kesan gas rumah hijau di atmosfera.\rSaintis di Universiti Teknologi California, Profesor Andrew Ingersoll, berkata teori baru ketika ini memang menunjukkan bahawa Bumi dan Kejora ada persamaan.\rBeliau berkata ada kemungkinan banyak air di Kejora dan ada banyak karbon dioksida di Bumi.\rSuatu masa dulu mungkin pernah wujud lautan di Kejora, tetapi saintis percaya tiada cecair di planet itu selama hampir dua bilion tahun.\rBagaimanapun, Ksanfomaliti berkata kemungkinan wujud hidupan di planet itu masih tidak boleh dinafikan.\rSementara itu, beberapa pihak berpendapat, kenyataan Ksanfomaliti memerlukan banyak lagi penyelidikan lanjut berikutan wujud beberapa keraguan.\rSeorang profesor di Universiti Arizona berpendapat imej bergerak diambil satelit Venus-13 mungkin tidak menunjukkan adanya hidupan di Kejora.\r“Ia mungkin hanya komponen mekanikal,” katanya. \rAgensi Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika (NASA) pula berpendapat, imej bergerak itu besar kemungkinan adalah lensa kamera yang tertanggal dan jatuh di permukaan Kejora.\r“Kita perlu kajian lanjut,” kata seorang pegawai agensi itu. - Agensi\rDapatkan akhbar Berita Minggu hari ini untuk lihat imej diambil satelit Venus-13 pada 1982 yang menunjukkan sejenis makhluk berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 05:38 PM | Show all posts
ntah betul ka idak. hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.333995 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list