CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

14 maut, 60 cedera ribut di Indonesia

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera akibat hujan lebat dan angin kencang di Indonesia semalam. kata seorang pegawai semalam dengan mangsa siklon tropika kebanyakannya maut akibat dihempap pokok tumbang.\r“Secara keseluruhan 14 orang maut, 60 cedera. Semua mereka terbunuh akibat dihempap pokok tumbang,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu teks mesej kepada AFP.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata lebih 2,300 rumah di 35 daerah dan bandar di seluruh pulau tengah Jawa dan destinasi percutian Bali turut musnah akibat hujan lebat sejak empat hari lalu, kata Nugroho.\r\r\n\n\n\n\n   “Angkin kencang dan hujan lebat dibawa oleh Ribut Tropika Iggy di Lautan Hindi, selatan Bali dan pulau Nusa Tenggara berhampiran,” katanya.\rBagaimanapun beliau berkata Iggy kini semakin lemah dan bergerak jauh dari Indonesia.”\rMinggu lalu, akhbar Jakarta Globe melaporkan sebuah feri membawa lebih 200 orang termasuk lima warga Australia, menghala ke pulau Gili di luar pantai Bali hampir karam selepas dilambung gelombang setinggi tiga meter, namun tiada yang maut.\rRibut, tanah runtuh dan banjir adalah pemandangan biasa di Indonesia ketika musim hujan tahunan, yang memuncak antara Disember dan Februari.\r\n\n\n\rSementara itu, Ribut Tropika Iggy bergerak amat perlahan dan tidak dijangka menyerang pantai Barat Australia.\rBiro Meteorologi berkata Iggy dijangka bergerak selatan atau tenggara semalam sebelum mengambil laluan barat daya hari ini.\rRibut tropika itu diramal bergerak cukup rapat untuk mencetuskan angin kencang di pantai antara Onslow dan Coral Bay namun angin itu kemungkinan tidak cukup kuat untuk menyebabkan kemusnahan.\rAngin kencang dijangka berlanjutan ke selatan ke Carnarvon hari ini jika laluan Iggy hampir ke pantai, kata biro.\rGelombang lebih tinggi dan ombak besar berterusan di sepanjang pantai Pilbara dan Kimberley. – AFP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.175694 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list