View: 234|Reply: 0
|
Klinik Jelajah Akar Umbi bersama Futra
[Copy link]
|
|
DIANJURKAN sejak dua tahun lalu, baru kini Klinik Sepak Takraw Jelajah Akar Umbi bersama Futra Abdul Ghani dilancarkan secara rasmi bagi melonjakkan semula sukan tradisi itu kepada setiap lapisan usia.Bukan menafikan tugas dipegang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), ia adalah inisiatif peribadi bekas pemain kebangsaan itu untuk melihat sepak takraw kembali bangkit di pentas tempatan dan antarabangsa.\n\n\n\n “Dalam tempoh dua tahun sebelum ini, saya memikul tugas mewakili negara yang memerlukan tumpuan sepenuhnya. Pada masa sama, klinik ini pastinya memerlukan komitmen yang tinggi dan bagi saya, inilah waktu paling sesuai untuk saya melancarkannya. \n\n\n\n\n “Tujuan klinik ini ialah untuk menarik minat pemain muda, sekali gus membantu pencarian bakat baru yang boleh diketengahkan. Syukur sambutannya amat menggalakkan terutama di Sabah,” katanya yang mahu melihat akan ada regu negara memecah kebuntuan pingat emas seperti dikecap di Sukan SEA Manila 2005 dan Sukan Asia Hiroshima 1994.Majlis dilancarkan di Majlis Sukan Negara (MSN) itu dirasmikan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang turut menggesa lebih ramai bekas pemain kebangsaan mengikut jejak Futra untuk menyemai minat pemain muda bawah 12 tahun, 18 tahun dan 21 tahun. “Ketika ini ramai pakar memberi kritikan membina tetapi tidak disusuli dengan tindakan bagi menambah baik sukan ini.“Futra membuktikannya dengan klinik seperti ini dan usaha berterusan, ia boleh mengembalikan populariti sepak takraw dalam melahirkan lebih ramai pemain muda,” kata Zolkples.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|