|
PERSEMBAHAN Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek) menjadi anjakan dan pengiktirafan terhadap komedi pentas yang selama ini dianggap sekadar tempelan selain membuktikan ia berdiri setanding cabang seni lain apabila mendapat tempat di Istana Budaya (IB) buat julung kali bermula 3 Februari ini. \rJika selama ini panggung berprestij itu menonjolkan teater, muzikal dan konsert, kali ini barisan pelawak lama dan baru mengisi ruang pentas IB.\r\n\n\n\n\rBukan hanya Harith Iskander, persembahan bakal dimantapkan kumpulan daripada Maharaja Lawak Mega (MLM) dan Raja Lawak (RL) termasuk Boboi, Jozan serta Nabil. Afdlin Shauki daripada kumpulan Boboi berkata, peluang yang dibuka IB umpama penghargaan kepada seluruh penggiat komedi sekali gus menukar perspektif segelintir masyarakat yang masih beranggapan pelawak hanya penyendal dalam persembahan.\r\r\n\n\n\n\n“Evolusi semasa industri seni tanah air sejak tiga empat tahun kebelakangan ini menampakkan aliran perubahan apabila pelakon komedi seperti Saiful Apek dan Nabil mengungguli gelaran Bintang Paling Popular dan kini sebuah panggung berprestij pula membuka ruang untuk penggiat komedi beraksi.\r“Peluang sebegini membuktikan komedi dan pelawak mempunyai kedudukan sama penting dengan cabang seni lain, malah ramai sudah melihat bidang ini sebagai kerjaya bukan sesuatu yang dilabelkan hanya untuk suka-suka atau buat orang ketawa,” katanya pada sidang media di IB, semalam. \rBagi Harith, peluang keemasan berkongsi pentas dengan bakat besar seperti Nabil, selain Johan dan Zizan sesuatu yang tidak mungkin dilepaskan.\rSementara itu, Ketua Pengarah IB, Datuk Juhari Shaarani, berkata maklum balas peminat sungguh di luar dugaan apabila hampir 70 peratus tiket sudah pun dijual. \r\n\n\n\r“Tiket menyaksikan persembahan ini masih dibuka, cuma terhad untuk tempat duduk tertentu,” katanya. \rLawak Ke, Der? dipentaskan pada 3, 4, 5, 10, 11 dan 12 Februari. Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|