CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Bekas ketua perisik didakwa

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Dua warga Libya menyaman bekas pengarah agensi perisikan MI6 Britain yang dituduh memainkan peranan utama dalam penyerahan mereka kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, kata peguam mereka semalam. \rAbdelhakim Belhaj, yang juga komander tentera  Tripoli selepas pemimpin Libya digulingkan dalam revolusi tahun lalu dan rakannya, Sami al Saadi menuduh Britain bersubahat dalam penangkapan dan seterusnya penderaan mereka.  \r\n\n\n\n\r  Mereka mengambil tindakan terhadap ketua unit anti pengganas MI6 pada ketika itu, Mark Allen selepas ada dokumen   menunjukkan beliau terbabit secara langsung.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami mengambil langkah luar biasa mengemukakan tindakan undang-undang diambil individu berkenaan berdasarkan dokumen dalam simpanan kami yang menyarankan Sir Mark terbabit secara langsung dalam penyerahan anak guam kami dan keluarga mereka secara tidak sah,” kata peguam firma Leigh and Co, Sapna Malik. \r“Dokumen itu mengemukakan persoalan serius yang perlu dijawab terutama layanan dahsyat terhadap anak guam kami. Perlu ada pihak bertanggungjawab dalam perkara ini,” katanya. \rBulan lalu, polis Britain mengumumkan mereka akan menyiasat dakwaan rakyat Libya itu dan Pengarah MI6, Mark Sawers berkata agensi itu akan memberi kerjasama penuh.\rFail yang didapati daripada simpanan arkib Gaddafi tahun lalu mendedahkan Belhaj ditawan oleh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Bangkok pada 2004 dan dengan bantuan ejen Britain dipaksa kembali ke Libya dan dipenjara dalam penjara Abu Salim. \r\n\n\n\rDalam surat kepada ketua perisikan Gaddafi, Moussa Koussa, bertarikh 18 Mac 2004, Allen  menulis: \r“Saya mengucapkan tahniah kepada anda atas ketibaan Abu Abd Allah Sadiq (Belhaj) dengan selamat. Hanya ini yang mampu kami bantu dan untuk Libya bagi menunjukkan hubungan luar biasa yang kita bina sejak bertahun-tahun lamanya,”.\rSementara itu, Saadi menuduh ada ejen Britain turut terbabit apabila dia ditahan di Hong Kong pada 2004 menyebabkan dia dihantar pulang dan didera selama beberapa tahun. \r“Sir Mark sudah dimaklumkan oleh dua lelaki Libya itu bahawa mereka berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata badan kebajikan perundangan yang membantu warga Libya itu, Reprieve.\rAllen meninggalkan MI6 pada 2004 untuk bekerja dengan syarikat petroleum, BP, kata Reprieve. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list