|
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpuas hati dengan penjelasannya berhubung tindakan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 hampir setahun lalu.\rKatanya, beliau memberi penjelasan itu kepada Abdul Hadi menerusi panggilan telefon, baru-baru ini dan akan menghantar Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Md Noor untuk memberi penjelasan lanjut berserta dokumen sokongan yang diperlukan kepada PAS Pusat.\r\n\n\n\n\r “Saya sudah menghubungi Presiden (Abdul Hadi) dan memberi penjelasan mengenai tindakan yang diambil oleh KUIN serta kedudukan sebenar isu itu. Beliau berpuas hati dengan penjelasan diberikan.\r\r\n\n\n\n\n “Prinsip saya jelas dan saya tidak akan campur tangan dalam soal pentadbiran agensi atau badan lain di bawah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO, di sini, semalam.\rKelmarin, Azizan membidas pihak yang mengkritik dan menyerangnya berhubung tindakan penggantungan lima pelajar KUIN, yang didakwa dilakukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).\rAzizan mendakwa pihak yang menyerangnya itu tidak mendapat maklumat betul kerana tindakan diambil KUIN itu bukan mengikut AUKU, sebaliknya mengikut Akta IPTS 1996 kerana universiti milik kerajaan negeri itu dikategorikan sebagai IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi.\rSementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Azizan tidak boleh disalahkan berikutan kenyataannya dan tindakannya menggantung lima pelajar terbabit.\r\n\n\n\rKatanya, ia disebabkan ketika ini AUKU masih lagi berkuat kuasa manakala institusi pengajian tinggi terbabit masih termaktub di bawah peraturan yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\r“Beliau (Azizan) ada memberitahu kerana kontroversi universiti bila ada bantahan kerana tak gunakan Buku Jingga (dalam mengambil tindakan terhadap pelajar) beliau berasa tersinggung kerana seolah-olah menyatakan beliau salah.\r“Malah, beliau menjelaskan setakat ini sebelum ada undang-undang pendidikan tinggi KUIN masih terikat dengan AUKU walaupun dia tidak sepenuhnya bersetuju, tetapi beliau terikat kerana itu syarat yang dikenakan KPT, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wangsa Maju, di sini, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|