Baru-baru ni kat ofis ada lah sikit argument ngan my colleague...biasalah....biasanya perempuan...klu buat silap....cepat2 minta maaf utk meredakan ketegangan..ttp....kaum adam ni agak sukar nak minta maaf walaupun dia buat salah...so...keadaan kat ofis agak tegang juz because of him...dah tahu dia yg buat salah...juz admit aje and say sorry...habis cerita wlaupun dia senior...ni tak...asyik moody je...nak buat kerja pun stress... ....
Saje nak tahu....
dah tau lelaki susah nak mintak maaf so jgn berharap dia mintak maaf..maafkan sajer apa yg dia buat..kadang bukan sbb org tak mintak maaf dgn kita yg menjadikan kita tak tenang atau keadaan tegang....tp sbb kita masih dok teringat2 kat aper yg org tu buat...so maafkan dia InsyaAllah kita akan lupa apa yg terjadi dan senang nak buat kerja dgn tenang....
kalau ko mantob n single, mesti ada org ckp mcm nie.. "maafkan saya, boleh saya belanja awak makan?" x kira aa org tu senior, junior, buat salah, x buat salah atau pun x de kena ngena dgn opis atau dak opis seblah..
...ann rasa cam tu jgk...dia ni ada sikap superiority complex...perasan diri dia bagus...dan x boleh accept idea org lain....
...to say sorry...lagi lah...
....thanks for the advice....hari2 tgk muka dia...so...la ni cakap bila perlu aje...
...klu kita x perform well nanti susahlah...tp la ni terasa phobia klu kena kerja ngan dia....klu dia buat salah kita kena tanggung...apa kes??...:@ .....
klu x buat salah...kenapa nak minta maaf....x ade sebab...berhati2lah coz sikap cam ni yg membuat org lain ambil kesempatan ke atas u...especially klu u ada gf or wife?...
sebab kalau kucing mintak maaf, da reda semuanya pastu yang buat salah tu dah cool down & sedar kesilapan diri, nanti die akan mintak maaf balik ngan kucing....api x boleh balas ngan api, kucing prefer jadi air.. dulu2 la ade gf, skarang xde, prefer solo...
sebabnya:
Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.
Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.
Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.
Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.
Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir lelakienggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.
Menghindari Konfrontasi
Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari konfrontasi. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan