CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Aset Syria diserang

[Copy link]
Post time 5-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Puak anti-Damsyik sasar kedutaan di  Eropah, Asia BaratLONDON: Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Syria memecahkan tingkap selain melakukan kebakaran ditahan semalam selepas menyerbu kedutaan negara mereka di beberapa bandar raya di Eropah dan Asia Barat bagi memprotes pembunuhan penduduk.\n\n\n\nKedutaan Syria di London, Athens, Kaherah, Kuwait City dan Jeddah diserbu atau menjadi sasaran dalam tunjuk perasan menyusuli satu serbuan terhadap kedutaan di Berlin beberapa hari sebelumnya.\n\n\n\n\n Tindakan itu dilakukan selepas pembangkang Syria menuduh tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai pada tengah malam menyebabkan 260 penduduk terbunuh di tengah bandar raya Homs dan ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk mengundi draf isu Syria.Dalam satu kenyataan di Beirut, Majlis Kebangsaan Syria menggesa dunia  bertindak dan menuntut Russia mengubah pendirian dalam Majlis Keselamatan PBB dan mengutuk rejim Presiden Bashar al-Assad.“Protes itu meletus dan draf itu dirangka selepas tentera Syria melancarkan bom di tempat tunjuk perasaan di Homs yang membunuh ramai orang awam  dalam  kejadian pembunuhan massa ngeri, di negara yang  dilanda kebangkitan,” kata pembangkang itu.Di London, enam  ditahan kerana memecah masuk kedutaan Syria. Kira-kira 150   berhimpun di luar bangunan itu di Belgrave Square.\n\n\nJurucakap Scotland Yard berkata, lima orang ditahan kerana memasuki bangunan itu selepas penunjuk perasaan bermula kira-kira 2 pagi. Seorang lagi ditahan kerana menyerang pegawai keselamatan.“Kami akan memantau situasi itu dan menempatkan polis untuk berkawal,” kata jurucakap berkenaan. Beberapa tingkap kedutaan pecah ketika protes dilakukan.“Di Athens, kira-kira 50 penunjuk perasaan Syria menceroboh   kedutaan negara mereka, memecah tingkap dan melukis slogan antipemerintah di dinding,” kata sumber polis. Seramai 12 rakyat Syria dan seorang  rakyat Iraq ditahan.Di Kaherah, puluhan aktivis memecah pintu pagar kedutaan di kejiranan Garden City,  masuk ke dalam dan membakar tingkat bawah bangunan itu.   Dinding kedutaan terbakar dan gelas bertaburan di lantai manakala perabot dan komputer dirosakkan.Di Kuwait City, pengawal kedutaan cuba meleraikan penunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan ke udara. Sekurang-kurangnya dua  cedera, kata Persatuan hak Asasi Kemanusiaan Kuwait dalam  halaman Twitter mereka.Satu sumber keselamatan memberitahu agensi berita  beberapa lagi ditahan.Di Jeddah, puluhan penduduk Syria melakukan tunjuk perasaan di luar konsulat, melaungkan slogan ‘dengan jiwa kami, darah kami, kami berkorban untuk syahid,’ sebelum disuraikan  pasukan keselamatan.Sehari sebelumnya di Berlin, kira-kira 20 penunjuk perasaan memecah masuk kedutaan Syria dan memusnahkan perabot, menggantungkan bendera di tingkap dan menulis slogan di dinding. Kesemua mereka ditahan tetapi dibebaskan selepas polis mengambil butiran mereka. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.291579 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list