CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Awas guna kondom di Afrika Selatan

[Copy link]
Post time 5-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ANC tarik balik 1.35 juta alat elak penyakit kelamin kerana bocor ketika digunakan\rJOHANNESBURG: Afrika Selatan mungkin perlu memastikan mutu kondom yang dijual di negara itu selepas menarik balik 1.35 juta kondom yang diberikan secara percuma pada sambutan ulang tahun ke 100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) kerana ada yang bocor ketika melakukan hubungan intim.\r\n\n\n\n\r   Ia bukan kali pertama perkara itu berlaku. Pada 2007, kerajaan menarik balik lebih 20 juta kondom yang rosak yang dikeluarkan dalam negara. \r\r\n\n\n\n\nMedia tempatan melaporkan, seorang pengurus ujian di biro penarafan dirasuah untuk mengesahkannya. \rPada 2008, 5 juta lagi kondom rosak turut ditarik balik.\rAktivis Aids, Sello Mokhalipi dari Kempen Tindakan Rawatan berkata, beliau mengadu selepas orang ramai tampil melaporkan bahawa kondom terbabit bocor ketika mereka berasmara.\rAda yang panik kerana sudah dijangkiti Aids dan bimbangkan mengenai pasangan mereka, katanya.\r\n\n\n\rJurucakap Jabu Mbalula dari Jabatan Kesihatan Free State yang mengedarkan kondom terbabit, sebelum sambutan ANC pada 6 hingga 8 Januari lalu berkata, mereka menarik balik semua kondom terbabit kira-kira 10 hari selepas itu. \rBeliau berkata, tidak perlu panik tetapi tidak dapat memaklumkan berapa jumlah kondom yang digunakan atau ditarik balik.\rDakwaan terbaru membabitkan kondom diedarkan di hotel dan bar di tengah Bloemfontein ketika berpuluh ribu penduduk datang untuk perayaan ANC itu. \rAfrika Selatan mempunyai 5.6 juta penghidap Aids.\rMokhalipi berkata, aduan berkenaan mula dibuat pada 11 Januari, memaksa pejabatnya  mengendalikan ujian terhadap kondom yang didakwa rosak.\r“Kami memasukkan air ke dalam kondom dan ia memang bocor,” katanya sambil menambah bahawa beliau juga boleh nampak ‘lubang kecil’ hanya dengan melihat melalui mata kasar.\rJabatan Kesihatan mengedarkan kondom baru minggu lalu, kata Mokhalipi yang tidak bocor selepas melalui ujian air. \rMbalula berkata, dengan mencurahkan air ke dalam kondom dan memberikan tekanan bukanlah satu ujian yang terbaik dan jabatannya menarik balik bahan itu untuk menjalankan ujian saintifik tetapi tidak tahu bila keputusan akan diperoleh.\rBeliau menegaskan, semua kondom akan dicop untuk menentukan mereka dari kumpulan yang sudah menjalani ujian kualiti oleh biro penarafan yang bertanggungjawab memastikan ia memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).\rJurucakap biro terbabit, Berna Schutte mengesahkan bahawa mereka menjalankan siasatan.\rMohkalipi berkata, penarikan itu terhad dengan pekerja jabatan ke hotel, rumah tumpangan dan bar di mana mereka menghantar kondom terbabit dan mengambil semula apa yang ada. \rBeliau mengadu bahawa jabatan kesihatan tidak mengeluarkan sebarang amaran bagi memaklumkan kepada penduduk supaya tidak menggunakan kondom yang diedarkan ketika sambutan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.312017 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list