CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5237|Reply: 17

Bahaya Wabak Kencing Tikus

[Copy link]
Post time 6-2-2012 02:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by midory at 6-2-2012 02:53

Bahaya Wabak Kencing Tikus



Leptospirosis sebabkankomplikasi seperti kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jangkitan kuman diotak.




LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluargatikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asingkepada penduduk negara ini.Pada Mei tahun 2009misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enamtahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.


      Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil,Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam Pesawah (Rice-field fever),Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, JaundisBerdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

       Ketua JabatanPerubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospiroisberpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung,mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitandaripada manusia kepada manusia,” katanya.

       Jelas Lee,jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan PencegahanAmerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

       Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kinitiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100000 penduduk setahun di kawasan tropika.


Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.


      Kerap kali, merekayang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadapleptospirosis.
Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuadordisebabkan banjir besar.
Pada 21 September2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa,Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

      Komplikasi jangkitanini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk,kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktorrisikonya adalah:

1) Pekerjaan yangterdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah,pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.

2) Aktivitirekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing ataumakanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:

1) Leptospirosistiada gejala yang khusus.

2) Umumnya masapengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

3) Pada peringkatawal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100peratus pesakit.

4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)5) Loya, muntah,cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapunia gejala yang kurang berlaku

6) Radang selaput mata

7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis

- Jangkitan penyakityang disebabkan bakterium.

- Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

- Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.

- Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.


credit to majalahsains

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 02:25 PM | Show all posts
just wonder, radang selaput mata mcm mn yer
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 03:22 PM | Show all posts
bagus sgt info ni...
selama ni iols mmg tak pernah tau psl penyakit ni...pastu bile dah yg mati sbb kencing tikus ni baru la iols bukak mata...

ape yg iols buat....kalau beli brg dapur especially yg makanan dlm tin or botol2, iols akan basuh dulu....takut2 brg2 tu terkena kencing tikus masa dok dlm stor kat supermarket. yela  mane nak tau condition dlm stor tu camne kan...so beringat je la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 03:47 PM | Show all posts
bagus sgt info ni...
selama ni iols mmg tak pernah tau psl penyakit ni...pastu bile dah yg ...
rindusangbulan Post at 9-2-2012 03:22 PM


Betul tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 04:20 PM | Show all posts
husband my bff meninggal sebb sakit ni..genap semggu msuk spital,meninggal. masa 2, my bff mengndung, sedih sgt tgk dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 05:03 PM | Show all posts
Arwah Din Beramboi dgn Izwan Pilus kena jangkitan ini jugak kan....
Bahaya btul, membawa maut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2012 08:13 PM | Show all posts
just wonder, radang selaput mata mcm mn yer
coklatkandos Post at 9-2-2012 14:25



   radang selaput mate same jugak dengan sakit mata.. mate jd merah dgn berair.. ade bbrape lg tande2 die..

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radangpada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda.Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakitmata ini memang
mudah berjangkit dan iaboleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.


tanda2 :

- bermula darisebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belahmata

- mata terasa gatal

- menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata

- mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, kering dan berkeruping disekelilingmata.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 08:49 PM | Show all posts
bagus sgt info ni...
selama ni iols mmg tak pernah tau psl penyakit ni...pastu bile dah yg ...
rindusangbulan Post at 9-2-2012 15:22



   betul tu... antare langkah berjage2 sblm jd ape2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 12:40 AM | Show all posts
my FIL dkt sbln demam n duk hosp dkt 3mggu..
org kesihatan siap dtg umah check..
puncanye air kencing tikus yg mencemari air sungai blkg umah...
In Laws mmg bergantung sgt pd sungai sbb nk jimat dr bayo bil air..

lg 1 berhati2la bila minum air tebu...sbb batang tebu kan meresap cecair..
mana tau tikus berkeliaran kt tebu tu dan kencing...
penjual air tebu lak xbasuh batang tebu tu terus kupas n mesin...
kita sedap2 minum...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 08:54 AM | Show all posts
bagus sgt info ni...
selama ni iols mmg tak pernah tau psl penyakit ni...pastu bile dah yg ...
rindusangbulan Post at 9-2-2012 15:22



Bagus tu! Dan jangan lupa amalkan mencuci/ lap bersih minuman dalam tin sebelum di teguk terus dari tin..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 08:59 AM | Show all posts
my god, my baby ada semua tanda tu..dan memang umah my mom sedang diserang tikus..what the best thing i patut buat yer..dia pon sakit mata tapi i takut berjangkit dengan i (me sedang menerima rawatan dgn specialist)..dia bukan boleh cakap kalo sakit2 sendi pon..since last week dia demam, and then ok, pastu suddenly muntah, pastu ok and now cirit birit..sakit mata bila bgn tido taik mata ada..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:00 AM | Show all posts
Bagus tu! Dan jangan lupa amalkan mencuci/ lap bersih minuman dalam tin sebelum di teguk terus dari tin..
Kebabomb Post at 10-2-2012 08:54



   aah btol...kekadang pas beli air tin terus teguk tak ingat ape dahh...      skrg namo cam tu dah...semua pon kena basuh dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 09:47 PM | Show all posts
my god, my baby ada semua tanda tu..dan memang umah my mom sedang diserang tikus..what the best thin ...
coklatkandos Post at 10-2-2012 08:59



   dh bawak pergi klinik tak baby coklat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:53 PM | Show all posts
dah..pergi specialist..dapat ubat demam, tahan muntah,cirit birit (pribiotik usus), sakit mata, antibiotik,ors..tapi dia nampak ok dah..sekarang tengah sibuk budak2 kecik kena bakteria rota virus kan..aduhh..sakit betul jantung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 10:04 PM | Show all posts
dah..pergi specialist..dapat ubat demam, tahan muntah,cirit birit (pribiotik usus), sakit mata, anti ...
coklatkandos Post at 10-2-2012 21:53



   ok la kalau dh sembuh..
pasal rota virus ni... sblm ni 3 org anak buah aku kene.. selang 1 hari sorang pulak tu...
tp diorg ok dh skrg...

aku dengar kalau budak kene diarrhoea ni elok kalau bg susu isomil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 10:08 PM | Show all posts
Reply 16# midory


   erkh..macam mana nak bagi..dah dia memang minum susu isomil tu..kalo muntah ke, tak muntah ke..susu tu jugak yang dia dok hadap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 10:21 PM | Show all posts
Reply  midory


   erkh..macam mana nak bagi..dah dia memang minum susu isomil tu..kalo muntah k ...
coklatkandos Post at 10-2-2012 22:08



   oo.. susu tu boleh yek baby minum even bukan time diarrhoea pon?
setahu aku susu tu utk time tengah n slepas cirit birit...


aku rase makan ubat pon ok...
sebab anak buah aku tak minum pon susu tu.. die taknak..
so akak aku bg ubat doktor aje..
baik gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049250 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list