CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Malaysia pelopor irama nasyid

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mursyid sasar 2012 kembalikan zaman gemilang\rMUZIK nasyid tidak terkubur mahupun malap, sebaliknya cuma kurang diberikan publisiti, kata anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam.\r\n\n\n\n\rMenganggap irama itu masih ada pengikut dan peminatnya sendiri, sikap tidak menonjolkan diri secara berlebihan kalangan penyanyi atau kumpulan nasyid bukanlah bererti muzik terbabit sudah tidak laku lagi.\r\r\n\n\n\n\nMalahan, permintaan untuk mengadakan persembahan pentas masih banyak diterima oleh penggiat irama nasyid.\r“Alhamdulillah, sehingga kini nasyid masih diterima kerana kebanyakan peminat membesar dengan muzik ini, sejak 10 tahun lalu. Jadual persembahan kami juga sentiasa penuh,” katanya. \rIsman kini bergabung bersama Muhammad Hazamin Harun daripada kumpulan Inteam dan Mohd Nazri Alias (Al-Farabi Band) menjadi antara tenaga penting dalam menggerakkan Persatuan Muzik Nasyid Malaysia (Mursyid).\r“Mursyid banyak membantu kumpulan nasyid dari segi album dan persembahan. Tahun lalu saja ada lebih 30 album baru yang dihasilkan anggota Mursyid, hasil usaha keras mereka sendiri tanpa membabitkan mana-mana pihak,” kata Isman.\r\n\n\n\rPenubuhan Mursyid bukan saja bersifat membantu kumpulan nasyid sebaliknya sebagai tempat berkongsi pendapat dan pandangan. \rMalah penganjuran Anugerah Nasyeed.Com yang akan diadakan pada 13 April di Pusat Islam nanti ialah hasil usaha sama antara persatuan terbabit dengan Nasyeed.Com. \rBerasakan nasyid masih mempunyai tempat dalam industri muzik tempatan, tahun 2012 dianggap sebagai tapak bagi mereka mengembalikan irama berkenaan seperti era kegemilangannya lebih sedekad lalu.\r“Malaysia ialah pelopor industri nasyid dan menjadi sumber rujukan artis luar seperti Maher Zain. Mereka mengintai peluang di negara ini untuk buat lagu nasyid Melayu kerana peminat nasyid di sini sangat ramai. Jadi, inilah masanya untuk kita bangkitkan semula irama nasyid.\r“Dengan adanya anugerah ini, bukan saja ia dapat mengangkat muzik itu sendiri sebaliknya membuka mata pihak luar bahawa nasyid masih diperlukan dalam industri. Kalau dulu label muzik banyak membantu artis nasyid dari segi promosi dan edaran, tetapi kini ia sudah berkurangan. Kalau adapun, sekadar edaran album,” katanya.\rMeskipun kurang menonjol di negara sendiri, tetapi menurut Isman, sehingga kini mereka masih mendapat tempat di Indonesia, selatan Thailand, Singapura, Brunei malahan di Eropah.\rMenganggap nasyid sebagai pendidikan, kata Mohd Nazri, genre ini mudah diterima semua pihak kerana ia boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk muzik termasuk rock.\r“Jangan menganggap semua muzik rock itu tidak elok, tetapi kalau kita masukkan unsur positif seperti nasihat dan didikan dalam usaha menarik peminat muda, insya-Allah ia dapat diterima semua pihak. \r“Tujuan nasyid adalah untuk mendidik dan bukan sekadar hiburan. Sebab itu nasyid kini dipelbagaikan dalam bermacam-macam genre muzik, bertujuan untuk menarik semua golongan,” katanya.\rHazamin pula menegaskan, enggan melihat genre nasyid dipandang sepi dan disisihkan industri muzik, Mursyid berusaha membantu pejuang irama berkenaan terutama kumpulan baru untuk bersinar dan dikenali. \r“Kini, ramai artis yang hanya menghasilkan single, tetapi kami berani mengeluarkan album dan peluang yang ada ini kami gunakan untuk mengangkat kembali irama nasyid.\r“Tidak hairanlah kalau penyanyi nasyid di Indonesia dan Thailand mengintai peluang di sini kerana mereka mengikut acuan kita juga. Malah, setiap kali anggota Mursyid membuat persembahan di sana, sambutan diterima cukup meriah,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035617 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list