CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Gejala pelacuran bakal dihapuskan

[Copy link]
Post time 7-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Majlis Ulama Indonesia beri bayaran jika pekerja seks tinggalkan kegiatan\rJAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkata pihaknya  mencapai kejayaan dalam usaha menghapuskan gejala pelacuran yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan Jawa Timur.\r\n\n\n\n\rMenurut MUI, program berkenaan menawarkan insentif sebanyak Rp 3 juta (RM1,020) kepada pelacur yang meninggalkan bidang itu.\r\r\n\n\n\n\n“Langkah ini bertujuan menghapuskan kompleks pelacuran di Jawa Timur. Syukur kerana 20 wanita sudah bertaubat,” kata ketua MUI cawangan wilayah berkenaan, Abdusshomad Buchori.\rMereka berkhidmat di kompleks pelacuran Bangunsari yang terletak di bandar raya Surabaya.\rSelain wang tunai yang diberikan sebagai modal memulakan perniagaan kecil, wanita berkenaan turut diberikan latihan vokasional, kata Abdusshomad.\r“Kemahiran diperlukan untuk mereka berjaya di kampung masing-masing. Kami meyasarkan untuk membasmi pelacuran tetapi ia memerlukan satu jalan penyelesaian, bukan sekadar menghapuskan ia begitu saja,” katanya.\r\n\n\n\rSelain Bangunsari, Surabaya turut mempunyai beberapa pusat pelacuran termasuk rumah urut Dolly yang terkenal di pusat bandar raya itu.\rDi Bangunsari saja, Abdusshomad berkata, bilangan pelacur semakin berkurangan daripada beribu-ribu kepada 150 orang sejak program itu  bermula.\rSeorang wanita yang menerima tawaran wang tunai berkenaan dan kembali ke kampungnya ialah Anjarwati, 46, yang berasal dari Mojokerto, kira-kira 50 kilometer ke barat Surabaya. – Antara

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036270 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list