View: 155|Reply: 0
|
Maldives kini kembali aman
[Copy link]
|
|
Presiden umum peletakan jawatan\rMALE: Presiden Maldives, Mohamed Nasheed semalam meletak jawatan selepas bantahan umum selama beberapa minggu berikutan arahan kontroversi beliau untuk menahan seorang hakim kanan, kata tentera.\r\n\n\n\n\r Anggota Majlis Pertahanan Bersepadu negara itu, Brigadier Ahmed Shiyam memberitahu pemberita bahawa Nasheed bersetuju untuk meletak jawatan dan menyerahkan kuasa presiden kepada Naib Presiden Mohammed Waheed Hassan. Tiada komen daripada Nasheed.\r\r\n\n\n\n\n Peletakan jawatan berlaku selepas bantahan selama beberapa minggu di negara pulau Lautan Hindi itu yang dikenali kerana resort pantai yang mewah berbanding masalah politik.\rIa juga menandakan sesuatu yang memeranjatkan bagi Nasheed, seorang bekas aktivis hak asasi yang mengalahkan pemerintah sejak sekian lama di negara itu dalam pilihan raya pertama di negara berkenaan. Nasheed juga seorang selebriti alam sekitar, yang mengembara ke seluruh dunia untuk menggalakkan kerajaan menangani perubahan iklim yang akan menyaksikan paras laut meningkat dan tenggelamnya negara kepulauan beliau.\rNasheed menimbulkan kemarahan umum selepas beliau mengarahkan tentera menahan Abdulla Mohammed, ketua hakim Mahkamah Jenayah.\rPenahanan Abdullah dibuat selepas hakim mengarahkan pembebasan seorang pengkritik kerajaan kerana menyifatkan penahanan beliau sebagai tidak sah.\r\n\n\n\rNaib Presiden Mahkamah Agung, Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Pegawai Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Kemanusiaan PBB menggesa supaya Mohamed dibebaskan.\rKerajaan mendakwa bahawa hakim itu berat sebelah dalam politik dan menerima rasuah. Katanya bahawa sistem perundangan negara itu gagal dan menggesa PBB untuk membantu menangani krisis berkenaan.\rSelepas seminggu bantahan, krisis terbabit menjadi genting pada Selasa apabila beratus-ratus polis memulakan demonstrasi di ibu negara Male, selepas pihak berkuasa mengarahkan mereka untuk menarik balik perlindungan bagi kerajaan dan penyokong pembangkang mula membantah berhampiran antara satu sama lain. Ia menyebabkan satu pertempuran yang mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang.\rPihak tentera kemudian menembak peluru getah dan berlaku pertempuran dengan polis. Ketika Nasheed melawat polis dan menggesa menamatkan bantahan, pasukan keselamatan itu enggan sebaliknya melaungkan presiden terbabit meletak jawatan. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|