View: 146|Reply: 0
|
Bekas Presiden Maldives dipaksa letak jawatan
[Copy link]
|
|
NEW DELHI: Bekas Presiden Maldives Mohamed Nasheed memberitahu AFP semalam beliau dipaksa meletak jawatan oleh polis bersenjata dan pegawai tentera dalam satu komplot rampasan kuasa yang mana beliau tahu siapa dalangnya.\rNasheed, bercakap kepada AFP menerusi telefon dari ibu kota Male, berkata beliau pergi ke ibu pejabat tentera kelmarin di mana beliau mendapat tahu mengenai 18 pegawai polis dan tentera “berpangkat pertengahan” yang mengambil alih kawalan.\r\n\n\n\n\r “Mereka memberitahu saya jika saya tidak meletak jawatan mereka akan menggunakan kekerasan,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n “Saya menerimanya sebagai ancaman. Saya mahu berunding nyawa rakyat yang berkhidmat dalam kerajaan saya.” \rBeliau menambah bahawa dirinya bimbang ‘naib presidennya turut berkomplot’ merujuk kepada Mohamed Waheed, yang mengangkat sumpah sebagai k etua negara kelmarin.\r“Saya bimbang beliau sentiasa termakan dengan idea menjadi presiden. Beliau tidak pernah berupaya berbuat demikian. Apabila peluang muncul di depan mata, dia mengambilnya,” kata bekas pemimpin berusia 44 tahun dari hartanah keluarganya.\rWaheed, seorang bekas kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menafikan sebarang pembabitan dalam satu ‘rampasan’ semalam dan berkata beliau akan memastikan undang-undang ditegakkan. Tentera menafikan mereka menggulingkan Nasheed.\r\n\n\n\rPeletakan jawatan Nasheed berlaku selepas satu kumpulan kecil anggota polis menderhaka pagi Selasa dan enggan mematuhi arahan menyuraikan satu bantahan anti-kerajaan di mana penunjuk perasan menuntut presiden meletak jawatan.\rPegawai itu kemudian mengambil alih sebuah stesen televisyen.\rNasheed menjelaskan beliau kemudian pergi ke ibu pejabat tentera dan mendapati sekumpulan lelaki, sebahagian daripada mereka membawa senjata kecil yang memberinya kata dua. Beliau berkata tidak mengenali mereka, sesetengahnya berpakaian seragam dan ada yang berpakaian preman. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|