CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Trak sarat bom meletup

[Copy link]
Post time 10-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
YALA: Seorang pesara guru terbunuh, manakala 13 penduduk kampung cedera apabila sebuah trak dipenuhi bom meletup semalam di selatan bergolak majoriti Islam Thailand, terbaru dalam satu gelombang keganasan pemisah di rantau bersempadan Malaysia.\rPolis menyalahkan pemisah etnik Melayu atas pengeboman di hadapan sebuah pejabat kesihatan awam di Pattani, satu daripada tiga wilayah dilingkari kekacauan pemisah sejak lapan tahun lalu.\r\n\n\n\n\rBom itu disembunyikan dalam trak pikap dan merosakkan 10 kenderaan lain, kata polis.\r\r\n\n\n\n\nDaripada 13 yang cedera, tiga mangsa  parah. Dalam satu serangan berasingan di wilayah Narathiwat yang berhampiran, dua anggota tentera cedera apabila sebuah bom tepi jalan meletup ketika satu rondaan rutin.\rPeningkatan keganasan muncul di tengah perasaan berang di kalangan penduduk Islam tempatan apabila renjer tentera di Pattani menembak mati empat penduduk kampung yang disyaki pemberontak 29 Januari lalu.\rLebih 5,000 penduduk dibunuh sejak pemberontakan samar-samar, berdekad lamanya muncul semula Januari 2004 di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat majoriti penduduk Islam.\rRantau itu yang sebahagiannya kesultanan Melayu Islam bebas sehingga dirampas Thailand pada 1909, dilingkari hampir pengeboman setiap hari dan kejadian tembakan sejak itu dan tentera membuat perkembangan dalam mematahkan pergolakan itu. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.253143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list