View: 90|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Pemimpin Greece tak sepakat
[Copy link]
|
|
Tiga tak setuju dalam rundingan berhubung pengurangan pencen,PEMIMPIN pakatan kerajaan Greece semalam mengakhiri rundingan yang panjang mengenai pelan penyelamat ekonomi negara itu dengan mencapai semua persetujuan kecuali satu perkara, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri Greece.\rIa berkata, tiga pemimpin pakatan kerajaan yang mengambil bahagian dalam rundingan itu tidak mencapai kata sepakat berhubung perkara mengenai ‘pengurangan pencen’.\r\n\n\n\n\r Pejabat Perdana Menteri itu berkata, perkara berkenaan diharap dipersetujui bagi memuktamadkan pelan penyelamat lengkap kedua untuk Greece menjelang lewat Khamis ini.\r\r\n\n\n\n\n Sumber kerajaan itu berkata, wakil Kesatuan Eropah (EU), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan European Central Bank (ECB), yang terbabit dalam merencanakan dana penyelamat besar-besaran untuk Athens, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Greecek, Lucas Papademos sejurus berakhirnya rundingan lapan jam pemimpin pakatan berkenaan.\rPerbincangan Troika, iaitu antara EU-IMF-ECB dengan Papademos bertujuan ‘menamatkan perjanjian sebelum bermulanya mesyuarat Eurogroup’ menteri kewangan zon euro, yang dijadualkan berlangsung di Brussels pada Khamis ini.\rPersetujuan mengenai langkah baru yang dimahukan EU, IMF dan ECB, atau lebih dikenali sebagai ‘Troika’, serta pengurangan hutang akan membuka jalan kepada pelaksanaan pelan penyelamat kedua, iaitu kunci utama penyelesaian krisis zon euro.\rDana baru berkenaan amat penting bagi mengelakkan Greece daripada gagal membayar hutangnya yang berjumlah 14.5 bilion euro (RM58 bilion) kepada pemegang bon yang akan tamat tempohnya pada 20 Mac ini.\r\n\n\n\rPemimpin sosialis, konservatif dan pihak berhaluan kanan Greece mesti mencapai kesepakatan dalam meluluskan pemotongan gaji minimum, yang kini mendapat tentangan kesatuan pekerja, sebagai tambahan kepada pengurangan pencen dan pertindihan kerja perkhidmatan awam yang membabitkan jumlah 15,000 orang.\rKetua parti berhaluan kanan, Georgios Karatzaferis, muncul sebagai pemimpin pertama daripada rundingan pakatan lewat Rabu itu, mengecam tekanan Troika dan pihak pemiutang lain terhadap kerajaan Greece, untuk memaksanya meluluskan pemotongan perbelanjaan awam yang disifatkan sebagai amat menyakitkan.\r“Saya menjelaskan niat kami dengan terperinci pada permulaan mesyuarat. Saya tidak boleh memeterai pelan hanya dalam tempoh sejam yang mana akan memberi kesan kepada negara selama 40 atau 50 tahun dengan menerima (undang-undang) jaminan dengan langkah yang akan membantu negara keluar dari kebuntuan,” katanya kepada media.\rMenurut pejabat Papademos, pada mesyuarat berkenaan, ‘Karatzaferis menzahirkan banyak kekangan’ mengenai rancangan menyelamat itu.\rPemimpin konservatif, Antonis Samaras menekankan bahawa ‘rundingan akan diteruskan mengenai persoalan yang menyentuh aspek persaraan’.\r“Pada masa yang sukar ini, kami harus menjaga kepentingan pihak pesara,” katanya.\rDalam mesyuarat lapan jam berkenaan, tiga pemimpin itu menerima 50 halaman teks yang menuntut kepada perkara penjimatan, termasuk langkah melaksanakan pemotongan, sebagai balasan kepada pelan pinjaman zon euro baru membabitkan nilai 130 bilion euro (AS$ 171 bilion), yang mana pada asalnya dipersetujui pada Oktober lalu.\rTeks berkenaan disediakan pada malam mesyuarat yang panjang antara Papademos dan wakil dari Troika bertujuan menubuhkan pelan penyelamat kedua untuk Athens, susulan pelan penyelamat pertama bernilai 110 bilion euro pada Mei 2010.\rPemiutang swasta, yang sedang berunding dengan Greece berhubung pengurangan hutang bernilai sekurang-kurangnya 100 bilion euro, akan bertemu pada Khamis ini di Paris.\rGreece kini berdepan dengan hutang berjumlah kira-kira 350 bilion euro, lebih kurang 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK), dan IMF menegaskan paras berkenaan harus diturunkan ke paras maksimum 120 peratus daripada KDNK pada 2020. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|