CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Putera Harry patut buat kerja amal

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KABUL: Putera Harry sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai anggota keluarga diraja untuk membantu orang lain berbanding membunuh mereka, kata Taliban ketika mengecam kehadiran putera itu di Afghanistan.\rJurucakap pergerakan itu juga menegaskan pejuang mereka akan mencuba membunuh atau menculik Harry ketika berusaha menentang tentera Britain di Helmand.\r\n\n\n\n\rPutera berusia 27 tahun itu, minggu ini diberi kelayakan sebagai juruterbang helikopter Apache dan sumber Kementerian Pertahanan Britain mengesahkan pewaris ketiga takhta Britain itu dijangka berkhidmat selama empat bulan di medan perang di Afghanistan.\r\r\n\n\n\n\nBeliau akan menerbangkan misi dari Camp Bastion di Helmand sebagai pembantu juruterbang, mengendalikan senjata termasuk peluru berpandu Hellfire dan senjata berantai.\r“Seorang putera sepatutnya menggunakan kedudukannya membantu orang lain, bukan datang dan membunuh orang di seluruh dunia,” kata Zabiullah Mujahid.\rHarry berkhidmat selama 10 minggu sebagai pegawai infantri di Helmand pada tahun 2008, tanpa liputan media untuk melindungi beliau daripada menjadi sasaran sebarang serangan Taliban.\rMujahid memberitahu Daily Telegraph: “Sejak dulu kami mempertahankan negara daripada penceroboh dan akan terus berbuat demikian pada masa depan. Kami akan terus mempertahankan negara kami daripada penceroboh tetapi juga akan menggunakan seluruh kuasa untuk membunuh atau menangkap putera itu.\r“Kami akan sedaya upaya memerangi tentera Britain kerana mereka adalah anggota kedua terbesar dalam gabungan tentera asing,” katanya,\rZabiullah juga memberi jaminan Harry akan dilayan seperti tahanan lain jika berjaya ditangkap.  – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038437 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list