View: 176|Reply: 0
|
Maruah di tangan Chong Wei
[Copy link]
|
|
SELAKU ketua pasukan dan perseorangan pertama, tanggungjawab dipikul jaguh perseorangan negara Lee Chong Wei dalam pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau yang disingkap tirai esok, bukan mudah.Ini kerana di bahunya disandarkan harapan skuad negara tidak pulang dengan keaiban dan di bahunya juga terletak segunung harapan rakan sepasukan yang mengharapkan dia mampu membutirkan mata semangat.\n\n\n\n “Ya, tugas saya cukup berat kali ini, tetapi saya berjanji cuba melaksanakan kedua-dua tugas itu dengan jayanya,” kata pemain nombor satu dunia itu sejurus tiba di Macau bersama rakan sepasukan, semalam.\n\n\n\n\n Chong Wei yang kali kedua menggalas tugas ketua pasukan dalam saingan piala berprestij itu selepas 2010, turut berharap peminat mendoakan kejayaan pasukan negara.“Saya sedar ramai menganggap pasukan kali ini lemah tetapi kami akan bekerja keras untuk membuktikan kami mampu melepasi halangan di sini. Saya harap peminat di Malaysia mendoakan kejayaan kami,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|