CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Pelumba elit mara

[Copy link]
Post time 12-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEPERTI dijangka pelumba elit program Road To London, Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa tidak menghadapi masalah mara ke peringkat separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Kuala Lumpur, di Cheras, hari ini.\rSemalam, Fatehah melepasi pusingan pertama untuk terus ke separuh akhir tetapi Azizulhasni dan Josiah terpaksa berlumba dalam pusingan repechage untuk mendapat tempat ke separuh akhir. \r\n\n\n\n\r   “Biarpun terpaksa ke repechage, dua perlumbaan itu bagus untuk pemanasan badan saya selepas lima hari tidak berlumba. Selalunya jika di Piala Dunia pun, tindakan saya (menghalang pelumba lain) hanya akan dikenakan amaran,” kata Josiah yang dinafikan kemenangan pada pusingan pertama kerana tindakan menghalang pelumba lain.\r\r\n\n\n\n\n   Josiah, 32, yang meraih perak keirin pada ACC 2011 berkata, dia berjaya mengawal keseluruhan dua pusingan perlumbaan itu dan berpuas hati apabila dapat \'menyingkirkan\' pelumba pecut handalan China, Zhang Miao.\r“Memang fokus saya pada ACC kali ini hanya dalam keirin bagi memperoleh mata kelayakan Olimpik. Kebiasaannya saya menyertai 1 kilometer ujian masa juga tetapi mahu memberi peluang kepada Muhammad Edrus Md Yunos dan ternyata Edrus berjaya Khamis lalu,” katanya.\rPerlumbaan hari keempat ACC 2012 semalam menyaksikan pelumba basikal elit negara kekal dengan pungutan satu emas menerusi Edrus sementara pelumba remaja masih belum meraih emas dan berpuas hati dengan dua perak dan empat gangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041821 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list