CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

Lelaki Iran bawa bom di Bangkok

[Copy link]
Post time 15-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
5 cedera dalam beberapa letupan, pasport dedah kewarganegaraan\rBANGKOK: Seorang lelaki Iran membawa bahan letupan menerima padah semalam apabila kakinya putus kerana bom dibawanya meletup  selain mencederakan empat orang lain dalam beberapa letupan di ibu kota Thailand.\r\n\n\n\n\r   Pasukan keselamatan menemui lebih banyak bahan letupan dalam rumah disewa penyerang di ibu kota ini, namun tidak diketahui sasarannya, kata pegawai kanan polis, Jeneral Pansiri Prapawat.\r\r\n\n\n\n\n   Sehari sebelumnya, sebuah kereta diplomat Israel diletupkan di New Delhi dan Israel menyalahkan Iran atas serangan itu. \rPihak berkuasa tidak membuat kenyataan segera mengatakan sama ada insiden itu berkaitan tetapi jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor di Baitulmaqdis berkata: “Kami tidak menolak sebarang kemungkinan.”\rSatu daripada letupan itu merosakkan sebuah teksi dan sebutir bom tangan meletup selepas penyerang berada di luar sebuah sekolah Thai, kata pegawai kanan polis, Kolonel Warawut Taweechaikarn.\rGambar lelaki Iran yang cedera menunjukkan badannya diselaputi jelaga di kawasan luar sebuah sekolah dengan kaca pecah bertaburan. Sebuah bungkusan hitam ditemui berhampiran disiasat  unit pemusnah bom.\r\n\n\n\rPansiri berkata, sekeping pasport ditemui di tempat kejadian menyatakan lelaki terbabit bernama Saeid Moradi berasal dari Iran. \rTiga lelaki dan seorang wanita tempatan dibawa ke Hospital Kluaynamthai untuk rawatan akibat cedera, kata Suwinai Busarakamwong, seorang doktor.\rLetupan ketiga berlaku di sebuah rumah sewa jalan sama, sebuah kawasan  perniagaan, namun tidak mencederakan sesiapa.\rBulan lalu, seorang lelaki Lubnan-Sweden yang didakwa ada kaitan dengan militan pro-Iran, Hizbullah, ditahan polis Thai. Dia membawa pihak berkuasa ke sebuah gudang dipenuhi dengan lebih 4,000 kilogram baja urea dan beberapa liter cecair ammonium nitrat.\rIsrael dan Amerika ketika itu memberi amaran penduduk mereka berjaga-jaga di ibu kota ini, namun pihak berkuasa Thailand berkata negara itu jelas tempat persinggahan namun bukan sasaran serangan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.088527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list