CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Kim Swee 'selesa' undian Piala AFC

[Copy link]
Post time 15-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia  (AFC) Bawah-22 boleh dikatakan memihak  pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah.“Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.\n\n\n\n  “Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri, tentunya peluang kita semakin cerah.\n\n\n\n\n\n  “Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi penentu kepada kelayakan Olimpik 2016.”Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. “Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti,” kata Kim Swee.Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).KUMPULAN G (Zon Timur):  Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.117631 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list