View: 177|Reply: 0
|
'Saya serah kepada peguam'
[Copy link]
|
|
TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim enggan mengulas dakwaan pembabitannya dalam isu doping dua atlit negara yang beraksi di Sukan SEA tahun lalu.“Saya tidak mahu beri sebarang komen mengenai hal ini dan serahkan semua perkara berkaitan isu ini kepada peguam saya,” katanya ketika ditemui, semalam.\n\n\n\n Karim ditemui ketika hadir dalam sesi perbincangan bersama Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan dua wakil Institut Sukan Negara (ISN).\n\n\n\n\n\n Laporan sebelum ini menyebut Karim mendapat kecaman hebat selepas 42 atlit dan 16 jurulatih yang diketuai Hamberi Mahat menyerahkan Laporan dan Aduan kepada Shahidan ketika berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, kelmarin. Sementara itu, Shahidan tidak mahu cepat melatah dengan desakan untuk menyingkirkan Karim dan berkata, dia perlu menunggu jawatankuasa siasatan menyiasat kes itu terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.“Saya mengambil kira ketidakpuasan hati semua pihak, jadi sebab itu kami tubuh jawatankuasa siasatan, malah kami akan panggil doktor yang terbabit untuk proses siasatan. Dia (Karim) dipilih sebagai timbalan presiden oleh ahli (kesatuan) dan ahli juga akan menentukan hala tujunya selepas ini. “Ia akan dapat diselesaikan dalam mesyuarat agung dalam masa terdekat ini dan saya rasa itu yang terbaik. Selepas laporan audit yang dijangka dihantar kepada kami minggu depan, KOM akan terus beri notis untuk mengadakan mesyuarat agung,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|