CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Projek Bandar Malaysia lancar

[Copy link]
Post time 18-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROJEK Bandar Malaysia yang dirancang dibangunkan di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi berjalan lancar berikutan termeterai perjanjian pembangunan di lapan tapak pemindahan untuk pangkalan tentera dan polis.\r1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang dilantik kerajaan membangunkan tapak seluas 196.6 hektar itu, akan  membangunkan pangkalan baru bagi TUDM, Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM).  \r\n\n\n\n\r  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) 1MDB Real Estate Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib, dalam satu kenyataan semalam, berkata perjanjian itu menandakan bermula kerja pembinaan tapak baru.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, lima tapak pemindahan dikenal pasti bagi operasi TUDM Sungai Besi itu adalah Subang (Selangor), Kuantan (Pahang), Sendayan (Negeri Sembilan), Butterworth (Pulau Pinang) dan Gong Kedak (Terengganu); manakala dua bagi PDRM iaitu Subang dan Ipoh, Perak dan 31 RAD akan berpindah ke Kajang, Selangor.\r\"Kami memberi keutamaan untuk mengurangkan gangguan terhadap operasi keselamatan negara ke tahap paling minimum dan mereka hanya akan berpindah selepas tapak baru sudah sedia untuk diduduki.\r\"Perjanjian bagi pembangunan pangkalan di Butterworth dan Gong Kedak untuk TUDM sudah dimeterai pada Disember 2011 manakala bagi tapak di Ipoh untuk PDRM dimeterai bulan lalu,\" katanya.\rPerjanjian untuk lokasi selebihnya dimeterai semalam antara Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd Yasin dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi.\r\n\n\n\rMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyaksikan majlis memeterai perjanjian itu di  Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Ketua Pengarah UPE, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff.\rProses pemindahan akan dilaksanakan secara berperingkat sebaik selesai kerja pembinaan di pangkalan baru dalam tempoh lima tahun lagi. \rPada Jun 2011, 1MDB, selaku Pemaju Induk Bandar Malaysia, memeterai perjanjian jual beli bagi pemindahan  200 hektar tanah lapangan terbang lama TUDM Sungai Besi dengan Suruhanjaya Tanah Persekutuan dan bagi tanah seluas 303 hektar di Sendayan dengan Menteri Besar Diperbadankan, Negeri Sembilan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046191 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list