CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Penyerang penuntut Malaysia bersalah

[Copy link]
Post time 18-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Seorang remaja berusia 17 tahun didapati bersalah menyerang seorang penuntut Malaysia, Ashraf Haziq Rossli, ketika rusuhan di ibu kota England Ogos tahun lalu dan berdepan hukuman penjara  tempoh panjang.Beau Isagba, yang juga disabitkan membawa pisau dan memiliki kanabis, kelihatan mengelap air mata ketika mendengar keputusan.\n\n\n\nNamanya kini boleh didedahkan selepas hakim mengambil langkah luar biasa menarik balik halangan laporan disebabkan kepentingan awam dalam kes berikutan kesengsaraan yang dialami Ashraf disaksikan oleh berjuta orang menerusi laman web YouTube.\n\n\n\n\nRakaman video  serangan itu menjadi antara imej paling lama disiarkan  yang  mengejutkan dunia dan memalukan Britain.Rakaman menunjukkan Ashraf, dilihat terduduk di kaki lima sambil memegang rahangnya selepas ditumbuk samseng yang kemudian mencuri basikalnya.Beberapa minit kemudian, Ashraf dirompak sekumpulan samseng lain yang berlagak baik, menggeledah begnya sebelum melarikan diri.Kelmarin, Isagba, yang mematahkan rahang Ashraf, 20, berdepan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah menyebabkan kecederaan parah pada  pelajar itu dan merompak.\n\n\nIsagba memberitahu mahkamah dia malu dengan diri sendiri kerana melakukan jenayah itu. Bagaimanapun, Hakim Witold Pawlack, memberitahu Mahkamah Wood Green Crown: “Dia berdepan hukuman penjara untuk tempoh lama dan tiada alasan yang saya boleh lihat mengapa dia perlu diikat jamin sekarang.”Ashraf menunggang basikal di Barking, London Timur, bersama seorang rakan pada 8 Ogos lalu ketika rusuhan di London. Penuntut jurusan akauntan itu berjaya melepasi sekumpulan samseng yang bergerak ke arahnya secara tiba-tiba.Namun dia berasa ada tangan di dalam poket jaket yang dipakai dan apabila berpaling untuk melihat, Ashraf ditumbuk. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039240 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list