View: 85|Reply: 0
|
Putera Ratu Belanda nyaris maut tertimbus salji di Austria
[Copy link]
|
|
VIENNA: Anak lelaki kedua Ratu Belanda, Ratu Beatrix, Putera Johan Friso, 43, cedera parah selepas tertimbus dalam runtuhan salji ketika meluncur salji di luar laluan biasa di hujung paling barat Austria Jumaat lalu dan dikejarkan ke unit rawatan rapi di hospital Innsbruck, kata pegawai. \rMasih tidak jelas keadaan Putera Friso ketika ini. \r\n\n\n\n\r Kerajaan Belanda dalam satu kenyataan memberitahu beliau berada dalam keadan stabil tetapi nyawanya masih dalam bahaya. \r\r\n\n\n\n\n Jurucakap di lokasi kemalangan, Stefan Jochum, berkata keadaan Friso serius tetapi nyawanya tidak lagi dalam bahaya.\rJochum berkata kemalangan berlaku petang kelmarin ketika putera dan beberapa peluncur salji membuat luncuran di cerun jauh daripada kawasan bertanda bagi laluan peluncur yang penuh dengan salji selepas beberapa minggu mencatatkan penurunan yang lebat. \r“Salji tiba-tiba runtuh menyebabkan putera itu tertimbus,” kata Jochum dalam temubual telefon. \rHelikopter penyelamat tiba di kawasan kejadian dalam tempoh beberapa minit. Sebaik Friso dikesan dan dikeluarkan, beliau diberikan bantuan kecemasan dan diterbangkan ke hospital, kata Jochum. \r\n\n\n\rBeliau tidak dapat mengesahkan laporan berita yang putera itu tertimbus selama 15 minit sebelum beliau ditemui dan berkata tiada maklumat mengenai kecederaannya. \rFriso berada di Lech bersama beberapa lagi anggota kerabat diraja. Friso, anak kedua daripada tiga anak Beatrix melepaskan sebarang tuntutan menaiki takhta bagi membolehkannya mengahwini orang kebanyakan Belanda, Mabel Wisse Smit, pada 2004. \rPasangan itu mempunyai dua anak perempuan, Emma dan Joanna. \rBaru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai pengarah kewangan di konsortium pengkayaan uranium Eropah, Urenco. \rSaat paling getir dalam kehidupannya sebagai anggota kerabat Belanda apabila beliau bertunang dengan orang kebanyakan, Wisse Smit pada 2003. \rSelepas pasangan itu mengumumkan hasrat untuk berkahwin pada 2003, media Belanda mendedahkan hubungan Wisse Smit sebelum ini dengan beberapa pihak ketika beliau di kolej termasuk tokoh bawah tanah Belanda yang juga pengedar dadah yang dibunuh selepas itu. \rPasangan itu dikenali sebagai ‘naif dan tidak sepadan’ ketika proses tapisan sebelum menyertai keluarga diraja. Kemudian, Perdana Menteri Jan Peter Balkenende memberi isyarat beliau tidak dapat mengesyorkan perkahwinan itu ke Parlimen untuk kelulusan. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|