CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Cyberjaya dipilih bandar masa depan

[Copy link]
Post time 20-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA, yang dipilih sebagai antara bandar masa depan, FutureCities 2011 Jepun, dipelawa negara matahari terbit itu untuk menghadiri forum antarabangsa mengenai inisiatif bandar masa depan pada 21 Februari ini.\rBandar lain dipilih sebagai FutureCities yang akan berkongsi inisiatif  adalah Copenhagen (Denmark), Malmo (Sweden) dan Surabaya (Indonesia).\r\n\n\n\n\r  Inisiatif bandar masa depan Jepun itu bagi menyelesaikan isu alam sekitar dan  mewujudkan bandar raya yang   memberi tumpuan kepada kemanusiaan.\r\r\n\n\n\n\n  Ia  antara projek strategik Jepun, yang dikenal pasti dalam Strategi Pertumbuhan Barunya yang diputuskan kerajaannya pada Jun 2010.\rBerdasarkan inisiatif itu, kerajaan Jepun akan memilih beberapa bandar sebagai model pertama FutureCities di Jepun dan akan mendapatkan maklumat mengenai amalan utama dalam bidang pembangunan bandar mampan di dunia.\rKerajaan Jepun menyasar    mencergaskan semula kawasan bandar serta serantau dan merealisasikan ekonomi dan masyarakat  mampan.\rPada forum itu kelak, Cyberjaya  diwakili Pipah Mohd Nasir, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Setia Haruman Sdn Bhd yang menjadi pemaju induk bandar itu.\r\n\n\n\rPipah akan berkongsi inisiatif dan masa depan Cyberjaya,  kejayaan dan cabaran merealisasikan matlamat menjadi  Bandar Hijau dunia.\r“Kami amat berbesar hati  dipilih dan sebagai duta bandar ini. Saya akan berkongsi dengan penonton mengenai inisiatif Cyberjaya, kejayaan dan cabaran dalam Teknologi Hijau dan pertumbuhannya.\r“Menjelang 2020, kami berhasrat untuk menjadi Hab ICT Malaysia dan Bandar Bersepadu hijau,” kata Pipah di Cyberjaya baru-baru ini.\rCyberjaya, dilancarkan pada Mei 1997,  memulakan agenda teknologi hijau pada 2010 selaras  Dasar Teknologi Hijau Malaysia yang dibina atas empat tonggak, iaitu tenaga, ekonomi, alam sekitar dan sosial.\r“Cyberjaya mempunyai sasaran   memenuhi agenda teknologi hijau bersama-sama  pihak berkepentingan termasuk Majlis Perbandaran Sepang (pihak berkuasa tempatan), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Cyberview Sdn Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia, serta pemaju/pelabur dan komuniti Cyberjaya,” katanya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042984 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list