CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9229|Reply: 66

Badi darah

[Copy link]
Post time 20-2-2012 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum wbt..
Saya ada satu pengalaman suatu masa dahulu ketika saya terpaksa bekerja di daerah terpencil di Sarawak.

Saya bekerja dan tinggal di base camp dan quarters sementara khas yang didirikan untuk management. Suatu petang, semasa hampir cuti gawai dayak, selepas pembayaran gaji pekerja kontrak saya pun harus segera pulang ke untuk bercuti. Kederaan pacuan 4 roda telah bersedia untuk membawa kakitangan atasan untuk segera bertolak ke jeti untuk seterusnya menaiki bot laju sebelum menaiki kapal terbang. Ketika itu jam dlm pukul 1 petang dan memulakan perjalanan meninggalkan base camp.

kira2 setengah jam perjalanan...saya melihat dihadapan saya seperti terjadi kemalangan yang amat buruk..segala pakaian dan peralatan bertaburan dijalan kayu balak yang curam. Bos saya menasihati agar jangan melihat ketempat kejadian..tetapi kenderaan kami terpaksa berhenti untuk memastikan keberangkalian lori yang terbalik itu adalah milik syarikat kami. Bila diamati memang ternyata lori 3 ton yang membawa pekerja2 kontrak kami telah mengalami kemalangan yang teruk dan terbalik sehingga semua penumpang dibahagian belakang lori turut dihempap dan jatuh dijalanan.


Akhirnya semua kami keluar dari kenderaan dan melihat2 kejadian. Saya mulai diburui rasa ketakutan yang amat sangat bukan kerana melihat mayat bergelimpangan tetapi saya difahami terdapat pasangan suami isteri dan mempunyai anak kecil turut menaiki lori tersebut..saya takut melihat sekiranya budak kecil tersebut turut terkorban. Saya mula menangis dan mencari2 dimerata-rata. Bos dan rakan yang lain cepat2 memanggil saya untuk masuk semula kedalam kenderaan kami. Segala urusan dilakukana segera seperti ambulan dari klinik terdekat (tapi amat jauh dari tmpt kejadian) akhirnya helikopter polis bersama bantuan perubatan sampai. Beberapa kenderaan kami juga digunakan untuk mengambil mangsa cedera segera ke jeti utk dibawa ke hospital.

selepas itu kami meneruskan perjalanan dan setibanya dijeti, terdapat bot penumpang disewa khas utk membawa mayat dan mangsa cedera. Juga bot laju kami juga telah sedia untuk membawa kami. Disitu...saya rasa minta untuk pergi bersama bot penumpang bagi memberi bantuan yang perlu. Bos saya tidak dapat memaksa dan memberi kebenaran untuk saya memberi bantuan. terdapat seorang nurse dan seorang doktor disitu, mula sibuk memberi bantuan. Bila saya masuk kedalam bot...bau2 darah dan melihat mayat dan mangsa yang cederaparah merintih2 minta bantuan mungkin kerana kesakitan.

nest page...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2012 10:42 PM | Show all posts
Reply 1# rospinki


sambungan....maaf terlalu panjang, sengaja untuk mengisi masa lapang yang banyakni..ok..selepas masuk kedalam bot tersebut bau darah ya Allah hanya tuhan je tahu. Saya melihat2 keliling ada yang terburai perut..patah kaki tangan..robek sana..robek sini..macam berada didalam kawasan peprangan..darah mengalir...urghhhh...

disitu saya mula memberi bantuan persis seorang jururawat terlatih hanya melihat sekejap cara2 nurse tersebut memakai glove dan melakukan bantuan seperti memberi "masuk air, which you kena inject the msukan tiub air...balut luka dan memberi minum mereka yang hampir2 nazak..agak lama dlm bot tu kira2 dekat 4 jam jugakla..ada satu mangsa tu, minta air, dia kata haus sangat, tapi melihat kecederaan dia, saya tidak dapat memberi kerana takut lagi teruk. Cuma yang saya boleh tenangkan dia bersabar dan akhirnya dia meninggal disitu..
sedih sgt..

semasa sibuk memberi bantuan..tak sempat nak berkenalan dengan nurse dan doktor tu..berberapa jam kemudian kami tiba dijeti dan kelihatan banyak ambulan dan wartawan menunggu dijeti. Setibanya dijeti...saya terus keluar dan lupa untuk menanggalkan glove berdarah ditangan saya. Datang seorang wartwaan saya ingat time tu...bertanyakan tentang kemalangan dan pihak syarikat, saya cuma kata"no komen"...hehehe..adake no komen..igt siti kerrr? terperasan la pulak..

so saya terus meninggalkan bot dan semua yang terbabit disitu...mencari teksi untuk segera ke airport..sebab dah lambat takut mis flight..
ok..saya sempat catch flight then sampai dgn selamatnya dirumah agak2 lepas maghrib camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:43 PM | Show all posts
huhu pjg sgt..x larat nk bace..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:59 PM | Show all posts
make sure next time jgn lupa ambik gambar utk dikongsi bersama,
kerana gambaran akan lebih jelas dan lebih menyayat hati.
Gore fans would like to see this
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 12:04 AM | Show all posts
Reply 4# ShamStonage


  at that times...saya tk bawak camera or h/p with camera...tapi kisah ni so clear in my mind, ada sambungan lagi ni..not reach to the stage which i got hysteria yet....to be continue....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 12:23 AM | Show all posts
Reply 3# seliparcute

sorry..mmg panjang citer ni, ada sambungan lagi ni, pelan2 baca ya..thank you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2012 12:27 AM | Show all posts
lagi lagi... citer menarik dan serem...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 08:30 AM | Show all posts
huhu pjg sgt..x larat nk bace..
seliparcute Post at 20-2-2012 23:43



   ko ni... panjang salah,pendek pon salah... haihhhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 10:13 AM | Show all posts
belum sampai klimaks ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 10:15 AM | Show all posts
kalau ada eksiden mmg aku tak berani nak tengok betul2, apa lagi nk berenti..
takut sbb dh penah terkena kt diri aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 11:01 AM | Show all posts
bagusnya TT siap tolong rawat2 mangsa. moga2 ada ganjaran nanti. kalau ash, memang xleh tgk benda2 ngeri ni. ash takut ngan darah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 2# rospinki

sambungan...sorry ya, lambat sambung balik, buat keje dulu, skrg dh rilek saya sambung citer balik.

setibanya dirumah saya terus duduk2 rehat kepenatan....tiba2 terpandang dekat tv, adik tengah main cd citer perang/bunuh2 darah merata2....masa tu jgak terus saya teringat balik kisah kemalangan tadi dan mula menangis teresak2 dan akhirnya rebah ke lantai seperti kena sawan...perasaan yang sukar untuk digambarkan, terbayang wajah2 mangsa cedera, mayat dan darah merah mengalir...


saya semakin kuat menangis seperti hilang pertimbangan, barulah ayah saya terus datang selepas selesai solat maghrib, mereka yang tidak tahu punca seperti pelik, kenapa anak yang adventure seperti saya seperti ketakutan dan menangis. Emak kelam kabut agaknya...kemudian saya rasa disapu air ke muka dan mula tenang dan sedar. Terkebil2 mata saya melihat ayah dan emak saya disisi. Mereka membangunkan saya dan duduk, diberi minum segelas air kosong. selepas tenang, mereka bertanya kenapa jadi begini?...disitulah saya menceritakan apa yang telah terjadi sebelum itu. Apalagi mak, "patutlah!!kau kena badi darah ni, tengok kat seluar jeans kau tu, darah bertompok2...patutnya kau mandi gi tukar baju dulu"


so relaks la kena leter ngan mak..memandai2 la apala lagi, dia tak tau dulu anak dia ni nak jadi wakil NGO pegi palestine, dapat tolong eksiden gitu pun jadilah. lepas tu saya pun pegi mandi...time bukak seluar, saya raba2 kat poket seluar, baru perasan,rupa2nya glove tadi saya tak buang masa nak cepat kejar flight tadi, terus simpan dalam poket seluar. Urghhhh...darah kering, saya terus bakar dan buang, kalau simpan malam tido mesti kena kacau.


beberapa bulan selepas kejadian..


saya kembali kerje base camp cuti hujung minggu, setiba dijeti untuk menaiki bot, ketika masuk ke tempat duduk, seorang perempuan menegur, "hey!!!awak perempuan yang tolong kitorg dalam bot bawak orang kemalangan dulu tu..betul tak? " saya mengamati dan bertanya, awak siapa,? saya nurse time tu, OOoooo...saya terus memeluk peremuan itu dan duduk ditepinya, kami bercerita tentang hari tu dan dia menceritakan, selepas saya keluar dari bot time tu, diorg terus hilang jejak saya. Manakan tidak, member nak kejar flight..so dia citer lagi, sebenarnya, selesai tugas kat hospital, saya dan doktor mencari awak merata dipekan teresebut dan bertanya disetiap hotel berhampiran kemungkinan saya menginap disitu.


pencarian mereka tidak berhasil, mereka membuat andaian bahawa saya adalah "MALAIKAT" yang datang menolong mereka ketika mereka betul2 susah...dan hilang bila tugasnya selesai..mesti dia tu malaikat, mana ada orang yang sanggup tolong sampai begitu...saya ketawa tekekeek...hahahh..adakeerrr malaikat, ya ampun, subhnanllah, saya hanya manusia biasa yang penuh dangan rasa kesian dan rendah diri terhadap sesama manusia walau belainan agama dan bangsa...dia menangis dan menceritakan bahawa doktor itu sering bertnaya sekiranya bertemu saya semula..tapi selepas beberapa bulan baru kami ditakdirkan bertemu, dan doktor tu sudah ditukarkan ke daerah yang lain."actually...doktor tu nak kenalan kot...hmmmm terlepas suda!!cuma ku kirimkan salam sekiranya doktor itu menghubungi jururawat itu.


kemudian...kami kembali ke tmpt masing2, dan ada nombor telefon utk saya menghubungi dia, mana hilangnya dah...so thats the end, dan dalam fikiran, betapa indahnya pengalaman sehari dan berbaloi rasanya...


***THE END***
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:37 AM | Show all posts
As-salam TT... Niat tt tu dah bagus... Tapi next time lebih berhati-hati, ok? Amalkan setiap kali meninggalkan tmpt kemalangan, beri salam... Then sebelum masuk rumah, ludah dulu di luar rumah... Takut ada yg mengikut lak nnt... Hehehe, bau darah manusia mmg hanyir, i know what u felt... Anyway, bagus btol sifat tt nih... N u ni mmg jenis kuat semangat ek? bagus ar mcm tu... hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:42 AM | Show all posts
waduhhhhhhhhhhhhh kok endingnya gini aja......haha i expect more more moreeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 12:42 PM | Show all posts
tt kuat semangat... klu i tertgk gambar eksiden kt intenet ni pon dh terus tutup..tak mo tgk walaupun baru nampak sipi2 jerk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply 14# olaoli

sorry ya, camtu je. Takde la scary sgt, dah nama la badi darah, what you aspect, zombie diorg kejar saya sampai ke rumah ke? itu dah ditokok tambah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2012 12:45 PM | Show all posts
Reply 13# budakgraphic

ya saya akan ingat sampai bila2, thks!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 12:47 PM | Show all posts
Reply 15# nornasha

InsyaAllah..tapi kalau terpaksa harus la kuat, kalau tidak....takut jugak wey.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 12:48 PM | Show all posts
Reply 13# budakgraphic


    oo mcm tu ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply  budakgraphic

ya saya akan ingat sampai bila2, thks!!
rospinki Post at 22-2-2012 12:45



Welcome... and 1 more tips... kalau tgk mayat atau jenazah (di tempat kejadian @ umah mayat), sila jgn terus tgk pada bahagian muka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076006 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list