|
Diserang dalam kelab malam\rNEW YORK: Putera Monaco, Pierre Casiraghi ditumbuk di muka dalam pergaduhan hujung minggu di kelab malam New York yang akhirnya menyebabkan seorang lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan serangan, kata polis kelmarin. \r\n\n\n\n\r Media melaporkan, Casiraghi, 24, cucu bekas aktres Hollywood Grace Kelly, dimasukkan ke hospital selepas kejadian.\r\r\n\n\n\n\n Polis berkata beliau dan tiga lagi lelaki diserang oleh bekas pemilik restoran, Adam Hock dalam pertelingkahan di kelab The Double Seven kira-kira jam 2 pagi kelmarin.\rAduan yang dikemukakan menyatakan antara mereka yang ditumbuk adalah waris syarikat perkapalan Greek, Stavros Niarchos dan bekas teman lelaki pewaris hotel Paris Hilton.\rCasiraghi memberitahu polis bahawa beliau berulang kali diserang di muka, yang menyebabkan pipinya luka, lebam, bengkak, merah dan kesakitan pada mukanya, menurut aduan jenayah. \rTiga lelaki lain turut bersumpah berhubung aduan terhadap Hock, 47, yang didakwa peguamnya sebagai tindakan mempertahankan diri. \r\n\n\n\r“Seorang individu yang kini dikenali menerusi aduan jenayah sebagai putera dan bersama yang lain mengganggu anak guam saya dan bertindak seperti budak-budak memaki hamun dan cuba menyerang anak guam saya,” kata peguam Hock, Sal Strazzullo.\rBeliau berkata, Hock bertindak mempertahankan diri ketika dipukul putera berusia 24 tahun dan anggota rombongannnya. \r“Melainkan anda pejuang ninja atau Bruce Lee, agak sukar untuk mempertahankan diri menentang empat lelaki,” kata Strazzullo. \rHock dibebaskan dari Mahkamah Jenayah Manhattan tanpa jaminan selepas mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan menyerang, katanya. – REUTERS
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|