View: 251|Reply: 0
|
Finalis meriahkan Shah Alam
[Copy link]
|
|
Peluang jadi artis rakaman KRU Records menerusi BIBH \rPELUANG menjadi artis rakaman KRU Records antara \'hadiah\' menarik kepada mereka yang bernasib baik menyertai Bintang Idola Berita Harian (BIBH) sempena jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang dimulakan di SACC Mall, Shah Alam pada Sabtu (25 Februari) dan Ahad ini (26 Februari).\r\n\n\n\n\rUji bakat atau saringan awal BIBH diadakan pada 25 Februari untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding di peringkat Mall (membeli belah) pada keesokannya.\r\r\n\n\n\n\nSelain itu, siri jelajah ABPBH2011 kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis atau Top ABPBH2011 yang bakal muncul di SACC Mall, Shah Alam nanti terdiri daripada Adi Putra, Rozita Che Wan, Eja, Izara Aisyah, Aeril Zafrel, Fara Fauzana selain Meet Uncle Hussain, 6itxh Sense dan Forteen. \rLebih gamat apabila bintang Raja Lawak, Along yang saban tahun setia selaku pengacara majlis bakal bertemu regunya, Zizan yang sudah tentu membuatkan penonton tidak kering gusi.\rDua bakat baru yang dicungkil daripada BIBH, Ad Azhar serta Shima yang sudah disunting sebagai artis rakaman juga akan mempersembahkan lagu mereka. Bagi kumpulan Forteen yang pertama kali dipilih sebagai finalis, mereka mengakui teruja untuk bertemu peminat malah sudah mengosongkan hujung minggu demi memenuhi undangan memeriahkan sesi jelajah di empat lagi lokasi.\rAnggotanya, One atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin, berkata jika tahun lalu mereka muncul di pentas jelajah di Klang, Selangor hanya sebagai bakat baru, aura kali ini cukup berlainan apabila mereka berdiri dalam senarai finalis.\r\n\n\n\r“Sejak dulu kami mengikuti perkembangan ABPBH. Tahun lalu kami berpeluang mempromosikan single, Berdua Bersatu yang ketika itu belum diputarkan di radio dan boleh dikatakan ia persembahan ke tiga Forteen di hadapan khalayak yang besar.\r“Bersaing dengan kumpulan dan penyanyi berpengalaman selain dapat bertemu peminat dengan lebih dekat - hujung minggu ini kami nantikan dengan rasa teruja,” katanya.\rTunjang lain Forteen ialah Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz); 23, Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer); 22, serta Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22.\rPengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH merangkap Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar berkata pelbagai keistimewaan disediakan buat pengunjung sebagai penghargaan terhadap pembaca akhbar ini yang menyokong ABPBH hingga ke tahun ke-25. \r“Buat pengunjung kami menyediakan hadiah istimewa menerusi penganjuran acara khas yang julung kali diadakan iaitu pertandingan Kek Terbaik serta Pakaian Terbaik Mengikut Tema ABPBH 2011 - Big, Bold and Silver. Kalau boleh kami galakkan datang dengan memakai baju merah sebagai tanda memeriahkan lagi suasana jelajah promosi ini. \r“Bagi Kek Terbaik, pengunjung perlu menyediakan kek ulang tahun ABBPH dengan kreativiti sendiri dan hantar ke lokasi jelajah bagi meraih peluang malam bersama artis kesayangan manakala Pakaian Terbaik mengikut tema akan menerima ganjaran tajaan Lux,” katanya mengenai kedua-dua pertandingan yang berlangsung Ahad.\rPada masa sama, pengunjung mendapatkan barangan premium ABPBH 2011 yang dikeluarkan khas sempena jubli perak seperti pelekat bermagnet gambar pemenang musim lalu selain sesi fotografi istimewa. Anda hanya perlu menukarnya dengan 10 keratan kepala akhbar BH untuk mendapatkan pelekat magnet artis sempena siri jelajah promosi ABPBH2011. \rINFO: Perkara penting menyertai BIBH\rPertandingan terbuka untuk warga negara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada tahun 2012. \rTerhad kepada 120 peserta terawal sahaja di setiap lokasi.\rJangan lupa bawa sekeping gambar berukuran pasport.\rSyarat paling penting ialah bawa 15 keping keratan akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.\rBawa juga bersama CD minus one.\rAnda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.\rPerbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|