CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17304|Reply: 58

Terasa Tak dihargai...

[Copy link]
Post time 23-2-2012 11:17 PM | Show all posts |Read mode
fikiran aku sungguh berkecamuk.. aku tatau camana nak mula kan ayat.. hati aku sarat dengan kecewa.. terasa diri tak dihargai... sedih.. terasa diri ni tak berguna sangat2... pada yang pernah baca thread aku sblm ni mungkin tau apa masalah yg aku hadapi sblm ni.. aku cuba perbaiki diri aku.. cuba untuk jadi yang sempurna pada dia... tapi apa je yang aku buat .. macam takde makna pada dia..  takkan sebab dah kawin hampir 10 tahun... dan sebab dia pernah buat hal sblm ni.. aku yang kene terima kesan nya???? sptt nya aku yang buat dia rasa tak dihargai.. bukan aku yang rasa tak dihargai.. dia yg curang pada aku dulu!.. bukan aku yang curang pada dia... aku ada dia je dalam idup aku.. selain anak aku... tapi dia.. aku ni cuma yg terakhir dalam idup dia... bercakap pon.. dah takde panggilan sayang untuk aku... macam dulu2.. bercakap kasar.. menengking pada aku... hati aku ni tuhan je yang tau.. ari2 menangis dalam hati.. hari2 menangis sblm tido .. kenangkan kelakuan dia pada aku,,, aku tau.. dia bertahan dengan aku.. sbb anak.. kalau betul dah tak suka aku.. aku mintak dia bitau terus terang.. bitau apa yg dia nak.. nak kawin lain ke... nak berkapel ke... silakan... tapi tinggalkan aku.. sbb aku bukan org yang suka berkongsi kasih... kalau dah tanak.. cakap tanak... jangan dok depan aku tapi buat aku asyik kecik ati dengan kelakuan dia... cakap menengking2.. aku nak idup bahagia.. nak idup aman.. tanak perasaan curiga sentiasa dalam hati aku,, xnak asyik terasa hati dengan orang .. taknak terhegeh2 menagih kasih orang tak sudi... korang rasa aku ni bodo ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2012 11:27 PM | Show all posts
tak. anda tak bodo. anda wanita tabah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 11:41 PM | Show all posts
tak. anda tak bodo. anda wanita tabah.
nafham Post at 23-2-2012 23:27



   sy suka nama anda.. macam nama anak saya.. afham...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 11:43 PM | Show all posts
Tak lah....
Tak bodoh....
Tapi jangan sampai jadi bodoh....
Tak yah pikir sangat....kita hidup ni bukan nya lama.....ada perkara lain yang perlu kita kejarkan....dia nak tengking ke, dia nak maki ke, buat tak tau je...

Tak yah nak pikir sgt kat mana diri kita di hati dia
Tapi pikirkan kat mana kita di samping DIA.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 11:45 PM | Show all posts
camana nak ilangkan rasa sakit ati diperlakukan macam tu?? aku ni tak tahan sabar... aku cepat terasa hati.. cepat sakit ati..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 11:53 PM | Show all posts
cuba la slow talk dgn dia. bnd ni normal pd kapel2 yg da lama kawen..

salah satu cara ialah kurangkan bercakap dgn dia sbb bila kurang ckp, kurang la bahan yg nak dijadikan modal utk berkecil hati atau gado.

power of silence. kalo blh spy, spy la dia. cuba tny kwn2 rapat dia yg ko bleh percayai kot2 leh dpt apa2 info.

elakkan bercerai, sbb cerai bkn penyelesai masalah yg bagus. sebaiknya ikhtiar la cara lain dulu dan yg paling penting jgn berhenti berdoa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2012 12:25 AM | Show all posts
fikiran aku sungguh berkecamuk.. aku tatau camana nak mula kan ayat.. hati aku sarat dengan kecewa.. ...
cintakita79 Post at 23-2-2012 23:17



As Salam TT....errr..sure rasa down gile kan..perasaan cam tuh......ingatla ko ada pilihan...dan pilihan ni ko leh pilih sendiri...so..toksah nak paksa ke..atau mengharap..orang menghargai diri kita.....kita mmg tak de hak..dan mmg tak boleh....tapi yg bisa kita lupa...kita boleh menghargai diri kita sendiri...kita boleh untuk rasa gembira...kita boleh untuk senyum sepanjang masa...kita boleh untuk bahagiakan diri kita sendiri...untuk apa mengharap semua itu dari org lainnn....kita sendiri mampu buat...pilihan ditangan kita sendiri..apa kita nak fikir..apa kita nak rasa..apa kita nak..kita boleh wat sendiri....tp mcm TT skrg ni...pilih untuk rasa diketepikan..pilih utk rasa sedih...pilih utk rasa kecewa....pilih kesedihannn....apa yg TT dapat..???   apa yg TT pilih la..kannn....so..mulai sekarang..ubahla..cara berfikir...pilih untuk gembira..bahagia...senang hati...yakin diri...hargai diri sendiri....ini bukan hipokrit....ini pilihan dan hak kita....so pilih la..yg membahagiakan kita...ok...dah la..jgn sedih2....banyakan senyum.....senyum depan cermin..senyum depan anak....gelak..gurau2 ngan anak2....pls live life fully...hidup ini singkat sgt....rugi kalau asik bersedih....


ok..TT...pilih la..kegembiraan ye....InsyaAllah....TT akan Bahagia.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 12:38 AM | Show all posts
TT, TT x cakap ke kat dia sendiri samada dia mahu lepaskan TT ataupun x...cakap jela xpyh la nk pk psl anak2 kalau nak lepaskan TT. Dah cerai pon buleh je bertanggungjawab dekat anak2. Buat apa simpan lagi kalau dah teda lg sayang di hati? Budak2 skang pon bkn mcm dulu..bdk2 skg pon dh makin bijak, drpd dia dok simpan TT sbbkan kesian anak2 isok2 ni apa2 yg berlaku antara TT dan dia n anak2 tahu dan nmpak depan mata lg akan memberi kesan negatif kepada anak2. Daripada TT dok memendam perasaan dan rasa terluka sentiasa baik TT cari jl penyelesaian. Ataupon TT ada apa2 kah?

Maaflah TT, aku rasa mcm aku xlayak je bg pandangan sbb aku xkawen lg tp aku mmg xsuka lelaki xreti hargai pompuan dan lelaki yg menyakitkan hati serta memukul wanita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2012 12:48 AM | Show all posts
apa maksud ada apa2 kah? dia tak penah pukul aku tapi dia macam seksa perasaan aku.. cara dia pada aku macam org asing.. kadang2 tu bercakap ngan aku macam aku ni makcik tukang sapu kat tempat keje dia.. cakap tak penah lembut.. panggilan sayang macam dulu2 jangan harap la kuar dari mulut dia.. jijik kot sebut perkataan sayang tu pada aku.. bohong la kalau aku kata aku tak sayang dia... sapa tak sayang laki.. kalau aku tak sayang takkan aku bertahan sampai arini... tapi macam aku ni je yg terhegeh2 sayang kat dia tapi dia? aku takde lagi dia suka agaknya.. bebas, buat apa dia nak.. kalau aku ada kene ikut je apa aku nak agknye... aku ni sebaik mungkin buat jangan sampai dia terasa aku ni tak hiraukan dia ke.. jaga hati dia.. jaga makan minum.. pakai dia... tapi tak pernah nye nak berlembut dengan aku.. hati aku ni sensitif sangat.. kalau org lain buat kat aku camtu aku tak heran.. tapi dia.. adakah sebab aku ni penah halang cinta dia dengan betina sial.. dia nak marah kat aku?? sebab aku.. dia dengan betina sial dia tu putus?? dan terpaksa idup dengan aku sbb dia ada anak dengan aku?? aku sedih bila kenang nasib aku skang ni... kekadang terpikir kan bagus kalau tak pernah kawin... bercinta je sampai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 12:53 AM | Show all posts
sy suka nama anda.. macam nama anak saya.. afham...
cintakita79 Post at 23-2-2012 23:41 [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.p
hp?goto=findpost&pid=47861328&ptid=637226][/url]


Owh, mama....
Nama saya pun afham juga. nafham singkatan dari nor afham.

Mesti anak tu comel n besar nnt hensem cam saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 12:54 AM | Show all posts
Owh, mama....
Nama saya pun afham juga. nafham singkatan dari nor afham.

Mesti anak tu comel ...
nafham Post at 24-2-2012 00:53



   hu hu.. sangat comel.. kerana dia anak saya.. :p
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 08:10 AM | Show all posts
salam tt,

rasanya lebih baik tt bawak berbincang dengan somi tt..tanya dia apa masalah sebenar?apa yg somi tt tak suka atau tt ada buat perkara yg somi tt tak suka..cuba berbincang dulu dari hati ke hati..

jangan kerana anak, tt siksa mental tt sendiri..penderaan mental lebih teruk kesannya pada diri..tak pun tt cuba pegi pejabat agama untuk kaunseling..pegi sana bukan beerti tt nak mintak cerai ke apa..cuma mintak pandangan/nasihat atau cadangan dari pihak jabatan agama islam

ketot harap tt kuatkan semangat, tabahkan hati untuk harungi kehidupan yang berliku2..Allah akan menguji hambaNya hanya setakat kemampuan hambaNya itu sendiri..setiap ujian menunjukkan Dia sayang pada kita..berdoalah agar somi tt lembut hati semula

tt boleh amalkan surah Thoha ayat 1-8


atau pun

Zikir Dan Doa Pelembut Hati

1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)


Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

3. Doa Pelembut Hati


Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura –ayat 19 (42)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)


Cara Beramal

1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.

Kaedah

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah
*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.

4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang

a) Istighfar 3 x
cool.gif Niatkan dalam hati: Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya
c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x

Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu

credit to http:mesra.net/forum
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 08:40 AM | Show all posts
me tak baca ur benang sblm nih...nak tanya apa masalah sbnrnya?...mmg hasben slalu tengking ke atau hasben TT jenis ckp kuat .....anak2 takut tak dgn hasben sbb slalu tengking tuh?....me ada pakcik sorang mmg jenis ckp kuat...anak2 me slalu takut kalu jmpa dia sbb kalu ckp macam marah orang tapi hati dia baikk..cukup suka ngan bebudak sbb dia blum bercucu lagik, semer cucu sedara dia manjakan ngan jajan.....

dah try luahkan isi hati TT pada hasben?...erkkk tapi jgn la luahkan lps dia balik keje atau dia tgh tensen atau dia ada dateline nak kejar......time yang sesuai bawak la g bercoty atau time citer pasal perkembangan anak2 pada hasben selit sket2 harapan....

bersabar la yea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 10:58 AM | Show all posts
salam tt,

rasanya lebih baik tt bawak berbincang dengan somi tt..tanya dia apa masalah sebenar?ap ...
ketotmerah Post at 24-2-2012 08:10



   tq ketotmerah.. insyaalah akan cuba dipraktikkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 11:07 AM | Show all posts
me tak baca ur benang sblm nih...nak tanya apa masalah sbnrnya?...mmg hasben slalu tengking ke atau  ...
juita Post at 24-2-2012 08:40



   penah ada skendel.. pastu terkantoi.. dan skang kalau becakap. aku salah manjang.. bila becakap macam aku ni bodo sangat dan menengking2.. aku tensyen.. stress sangat!~
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 11:50 AM | Show all posts
kata ustaz..............

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau
serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa.........
kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad.....
Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri......
Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik.... sekalipun kelihatan buruk. ....
Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya.....
percayalah kebaikannya pasti ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 12:15 PM | Show all posts
mungkin aku tak paham apa kau rasai..

tapi pesan aku...

gembirakan hati..

jangan biar diri menyakiti diri sendiri..

bangkit pada kegembiraan yang baru..

biar ceria kamu...

yang buat dia derita...

tapi jangan dilupa..

tanggungjawab kamu sebagai isteri...

adalah tidak lucut dari  bahu....

bertindak mengikut akal..

jangan mengikut emosi...

sedih tak bawa ke mana..

bangkit dan bergembiralah pada orang yang ada disisi dan yang masih memerlukan kita
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 01:24 PM | Show all posts
tq ketotmerah.. insyaalah akan cuba dipraktikkan...
cintakita79 Post at 24-2-2012 10:58



    ur welcome..cuba ya..insyaallah Allah Maha Mendengar
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 01:57 PM | Show all posts
salam TT...put kadng2 ikut jugak thread2 tt sblm nie....
put rase mungkin suami tt ade problm kat temapt kerja ke.....dgn kawan2 ke.....
kot ade masalah dengan famly dia ke.....
kadng2 org laki nie die ade masalh dilepaskan kat kita....
seingt put dlu tt ade cite pasl prblm famly&adik berdik suami tt......

cuba TT bincng dgn dia dri hati ke hati
ingtkn dia saat2 manis tt bercinta dlu,x pn amik cuti g holiday...dekat2 pn x pe jnji kosongkn fikiran dri problm yg ada.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 01:58 PM | Show all posts
salam tt,

rasanya lebih baik tt bawak berbincang dengan somi tt..tanya dia apa masalah sebenar?ap ...
ketotmerah Post at 24-2-2012 08:10



    Wah....kagumnye ngn ketot....mekasih2....suatu ari akn berguna utk salju gak...jap2, ni sume utk suami je ke? kalu utk org len, xbleh ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.084778 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list