CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Misi Ahmad Jauhari pulih MAS

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah drastik diambil  demi kelangsungan hidup syarikat penerbanganSUDAH lima bulan berlalu sejak Ahmad Jauhari Yahya mengambil alih teraju Penerbangan Malaysia (MAS) bagi mencari jalan  meletakkan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu di  landasan menjana keuntungan.\n\n\n\n  Selepas  pantas mendalami selok belok perniagaan MAS, memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan sebelum ini,  beliau kini lebih jelas  apa yang perlu dilakukan.\n\n\n\n\n\n  “Ia lebih menjurus kepada kelangsungan ‘hidup’ dan memenangi semula hati pelanggan,” katanya dalam  temu bual dengan BERNAMA.Kelangsungan ‘hidup’ bukan sesuatu yang asing bagi Ahmad Jauhari, 57, kerana beliau telah melaluinya ketika membuat persiapan untuk menyertai siri ‘Trialthlon Ironman’ kira-kira 10 tahun lalu.Beliau berjaya mengharunginya. Walaupun satu ketika dulu tidak tahu berenang, beliau belajar bersungguh-sungguh  untuk menyertai acara berkenaan.Beliau telah menyertai empat siri ‘Triathlon Ironman’ bermula 2003 dan paling akhir ialah pada 2009.\n\n\n“Ia lebih kepada kepuasan kerana berjaya menyudahkan perlumbaan itu,” katanya.Untuk misinya di MAS, keutamaannya adalah membendung kerugian besar  dan meletakkannya semula di kedudukan untuk menjana keuntungan tidak lama lagi, selain berusaha mendapatkan semula reputasinya sebagai syarikat penerbangan premium pilihan.Rombakan dalam pengurusan kanan baru-baru ini dan pengurangan laluan secara drastik antara beberapa strategi yang diambil.Ahmad Jauhari berkata, adalah penting mencari penyelesaian menangani isu  syarikat penerbangan kebangsaan itu kerana MAS adalah  kebanggaan rakyat Malaysia.Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2011, MAS menanggung kerugian sebelum cukai RM1.209 bilion berbanding keuntungan RM23.73 juta  pada 2010.  Ia dijadual mengumumkan keputusan tahun kewangan penuh minggu depan.Untuk mengelakkan catatan kerugian bagi tempoh   agak lama jika tiada langkah drastik dilakukan, pemegang saham utama MAS memutuskan melaksanakan perubahan pengurusan peringkat atas serta perjanjian pertukaran saham akhir tahun lalu antara syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan pesaing tempatannya, AirAsia.Mengikut perjanjian itu, pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd, menguasai 20.5 peratus saham MAS, manakala Khazanah Nasional Bhd mendapat 10 peratus daripada saham syarikat penerbangan tambang rendah itu.Sebagai sebahagian pembaharuan itu, Ahmad Jauhari,  seorang jurutera dan tokoh korporat yang telah mencipta nama di Malaysian Resources Corporation Bhd dan Malakoff Bhd, dilantik Ketua Eksekutif MAS pada September lalu.“Kami perlu mengekang kerugian terlebih dulu sebelum bergerak ke depan. Jadi, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengkaji semua laluan yang rugi, kemudian pada kos pengurusan dan akhirnya, mengkaji semula rangkaian laluan kami,” katanya.Lembaga pengarah baru MAS, kata beliau, juga telah melihat bagaimana faktor lain boleh ditambah baik termasuk meningkatkan kekerapan pada sesetengah laluan menguntungkan seperti ke Manila, Jakarta, Shanghai dan Beijing.Walaupun langkah MAS memberhentikan laluan tertentu menimbulkan beberapa isu, termasuk daripada pekerja, Ahmad Jauhari berkata, keputusan sedemikian adalah biasa dalam industri penerbangan.“Japan Airlines mengurangkan 40 peratus daripada laluan ketika  dalam kesusahan,” katanya.Bagaimanapun beliau berkata, MAS boleh melihat semula beberapa laluan yang telah ditamatkan jika keuntungan boleh dipastikan pada masa depan.Pengurangan laluan itu, jelas beliau akan membantu MAS mengurangkan kos penyelenggaraan dan operasi, memandangkan 36 pesawatnya berada pada akhir pajakan, dan  bermakna ia  akan dikembalikan kepada pemajak.Pada masa sama, MAS akan menerima 23 pesawat baru, seterusnya mengurangkan usia purata kumpulan pesawatnya kepada lapan tahun daripada 14 tahun sebelum ini, serta meningkatkan kecekapan kos melalui pesawat lebih baru dan enjin yang menjimatkan bahan api.Menyangkal dakwaan   pengurangan laluan  memberi manfaat kepada rakan kongsi strategiknya, Air-Asia dan AirAsia X, beliau berkata: “Kedua-dua syarikat penerbangan (MAS dan AirAsia) sebenarnya bertindak (secara berasingan) dari segi rangkaian. Sama seperti kami mengurangkan dan memperkenalkan laluan baru, mereka juga melakukan perkara sama sepanjang masa.”Mengenai dakwaan sesetengah pihak perkongsian dengan AirAsia akhirnya boleh menjadikan MAS syarikat penerbangan kos rendah bagi perjalanan jarak jauh, Ahmad Jauhari dengan tegas berkata, MAS akan terus kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh.Mengulas rancangan menggiatkan semula MAS sebagai syarikat penerbangan premium pilihan dan menarik lebih ramai penumpang, Ahmad Jauhari berkata, MAS akan memulakan pengiklanan dan kempen promosi utama mulai pertengahan tahun ini.Ia adalah serentak dengan penerimaan pesawat jumbo pertama A380, yang akan digunakan MAS untuk sektor Kuala Lumpur-London mulai 1 Julai.Kempen itu akan dilaksanakan secara berperingkat di Asia Tenggara  sebelum ke seluruh dunia. “A380 akan menjadi pesawat utama kami untuk bersaing dengan syarikat penerbangan lain. Ia juga adalah peluang yang baik untuk menempatkan MAS sebagai entiti premium dan membantu kami memenangi kembali pelanggan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053227 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list