View: 178|Reply: 0
|
Lelaki bebas dakwaan bunuh isteri
[Copy link]
|
|
BIRMINGHAM: Seorang lelaki didapati tidak bersalah atas dakwaan membunuh isteri yang sedang menyelam ketika sedang berbulan madu selepas hakim memutuskan pendakwa gagal untuk membuktikan kematiannya disengajakan.Pendakwa terus menuduh Gabe Watson bersalah atas motif cuba mendapat keuntungan daripada bayaran insurans dengan melemaskan isterinya, Tina dengan menutup bekalan oksigen ketika mereka menyelam di perairan Townsville, Australia, pada Oktober 2003.\n\n\n\nTetapi, selepas pendakwa merumuskan kes, hakim Tommy Nail memutuskan tiada bukti menunjukkan defendan berniat membunuh.\n\n\n\n\n\n“Satu-satunya cara membuktikan lelaki ini bersalah membunuh adalah menerusi spekulasi dan agakan. Pendakwa gagal membuktikan pembunuhan berlaku dengan niat,” kata Nail.Watson menjalani hukuman penjara 18 bulan di sebuah penjara di Australia selepas mengaku gagal memberi bantuan sewajarnya kepada Tina ketika menyelam.Dia dibicarakan kerana membunuh di Birmingham, Alabama kerana ia adalah tempat pasangan itu berkahwin dan pendakwa berkata tertuduh merancang kematian Tina.Ibu Watson menitiskan air mata di luar mahkamah selepas mendengar berita mengenai pengguguran tuduhan terbabit. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|