View: 174|Reply: 0
|
Detik getir Butler, KAFA hari ini
[Copy link]
|
|
PETER James Butler yang menghilangkan diri selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bertindak merehatkannya daripada tugas, akhirnya mengambil keputusan pulang ke Kota Bharu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan statusnya dalam pasukan.Dengan perkembangan terbaru itu, keputusan jurulatih dari England itu sekurang-kurangnya memberi sedikit petanda positif semua permasalahan membabitkan dirinya dengan KAFA akan diselesaikan dengan cara baik.\n\n\n\n Saya minta maaf tapi saya mesti balik ke Kota Bharu hari ini (semalam) juga. Lepas itu, esok (hari ini) saya akan ada satu perjumpaan dengan pihak KAFA bagi membincangkan perkara ini, katanya ketika dihubungi, semalam.\n\n\n\n\n Pada pertemuan Butler dengan pengurus pasukan, Azman Ibrahim, 17 Februari lalu, konflik yang melanda dalam pengurusan dalaman pasukan pendahulu Liga Super itu boleh dianggap selesai selepas kedua-dua pihak dilihat mencapai kata sepakat.Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, penyokong setia The Red Warriors sekali lagi dikejutkan apabila KAFA secara tiba-tiba merehatkan Butler daripada tugasnya ketika seluruh pasukan sedang meraikan kejayaan layak ke pusingan kedua Piala FA.Keadaan menjadi lebih panas apabila laporan kelmarin menyebut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) yang baru, Bojan Hodak menjadi calon terbaik untuk menggantikan Butler sebagai ketua jurulatih musim ini.Namun ditanya mengenai status itu termasuk jawatannya dalam pasukan, Butler sekali lagi enggan mengulas.\n\n\nCukup... saya akan ada perjumpaan dengan KAFA esok (hari ini) dan dalam tempoh sehari dua ini saya tidak akan beri apa-apa komen, katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|